Datuk Zayn mahu keadilan, nenek anggap anak, menantu sangat baik

Zahari turut menuntut keadilan untuk ibu bapa Zayn yang disambung reman enam hari lagi berakhir Rabu depan bagi membantu siasatan kes tersebut

1:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, Zahari Mohd Reba mahukan keadilan untuk cucunya yang ditemui meninggal dunia akibat dibunuh pada Disember tahun lalu.

Malah, Zahari turut menuntut keadilan untuk ibu bapa Zayn yang disambung reman enam hari lagi berakhir Rabu depan bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Pada masa kejadian, Zaim (bapa Zayn) berada dengan saya buat kerja bersama.

“Saya mahukan keadilan untuk Zayn Rayyan cucu saya dan keadilan untuk Zaim Ikhwan dan Ismanira (Abdul Manaf),” katanya ketika ditemui selepas prosiding reman di lobi Kompleks Mahkamah, Petaling Jaya, hari ini.

Terdahulu, peguam bela pasangan itu, Fahmi Abd Moin, mengesahkan perintah reman baharu itu yang akan tamat Rabu depan dikeluarkan Majistret Ainaa Muhamad Kamal.

Ketika ditanya mengenai dakwaan ibu bapa Zayn dianiaya, Zahari bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menyerahkan perkara itu kepada peguam.

“Itu saya tak boleh buat kenyataan, teruskan… biar polis buat siasatan. Biasa dari mula lagi saya percaya kepada pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk membuat siasatan dengan telus,” katanya.

Sementara itu, nenek Zayn yang enggan dikenali pula menegaskan anak dan menantunya adalah ibu bapa yang sangat baik.

“Sekarang kita mahu fokus keadilan untuk Zayn, Zaim dan Isma, sebab memang anak menantu sangat baik. Itu saja kami nak,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan akan memohon sambungan reman kedua-dua individu terbabit.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn ditemui meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah. – 7 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Related