‘Ibu bapa Zayn sangat tertekan, menangis beritahu pembunuh anak mereka masih di luar’: Peguam

2:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ibu bapa kanak-kanak mangsa bunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang kini ditahan reman susulan kes kematian anak mereka itu, berada dalam keadaan sangat tertekan.

Peguam pasangan itu, Ilyani Khuszairy berkata, bapa mangsa turut berulang kali memberitahunya bahawa pembunuh sebenar masih berada di luar.

“Kita dapat bercakap dengan kedua-dua (ibu bapa mangsa), bapanya berada dalam keadaan sangat-sangat tertekan tengok daripada muka dia, menangis ketika kita bertanyakan soalan dan sering mengatakan pembunuh sebenar ada di luar.

“Mak mangsa juga sangat tertekan, sedih, cakap pun tak banyak, masih lagi berada dalam keadaan terkejut,” katanya menerusi rakaman video temubual bersama media di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Ilyani berkata, bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin memaklumkan bahawa segala layanan pihak polis terhadapnya dan isteri masih baik setakat ini.

“Dia mengharapkan kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan siasatan dijalankan secara telus serta adil, selain ada keadilan untuk arwah anaknya itu dicapai,” katanya.

Walaupun kedua-dua suspek berada dalam keadaan tertekan, seorang lagi peguam pasangan itu, Fahmi Abd Moin berkata, mereka tetap akan memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes terbabit dan mencari keadilan untuk mangsa.

Menjawab persoalan adakah pihaknya sudah dapat bertemu dengan kedua-dua anak guam terbabit, beliau mengiyakannya.

Ia susulan pihak peguam pasangan itu sebelum ini memaklumkan tidak dapat berjumpa pasangan terbabit walaupun permohonan dihantar sejak 5 Jun lalu.

“Pihak kami juga sudah dapat jumpa dengan kedua-dua anak guam pada pagi tadi sebelum prosiding bermula,” katanya.

Fahmi berkata, pihaknya juga memohon kepada mahkmaha pada prosiding hari ini untuk mendapatkan kebenaran berjumpa dengan anak guam mereka itu ketika dalam pelanjutan reman enam hari ini.

“Tetapi respon dari pihak penjara mereka akan melihat kepada keadaan dan sekiranya boleh dibenarkan, kami akan dapat berjumpa dengan anak guam,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu dibawa ke mahkamah berkenaan susulan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon perintah reman yang sepatutnya tamat hari ini, dilanjutkan seminggu lagi.

Majistret Ainaa Muhamad Kamal membenarkan tempoh reman ibu bapa Zayn Rayyan dilanjutkan enam hari.

Ketika mengulas pelanjutan tempoh reman itu, Fahmi berkata, PDRM memberikan alasan berdasarkan kepada siasatan diperoleh daripada anak guam mereka itu, namun pihaknya membantah permohonan berkenaan atas alasan mereka tidak perlu ditahan lebih lama dan sepatutnya dilepaskan.

“Kedua-dua mereka (anak guam) faham, kita (peguam) terangkan dan mereka pun faham kenapa prosiding ini perlu dilanjutkan dan saya rasa pihak pdrm akan menyelesaikan siasatan.

“Diharap kedua-dua mereka akan dilepaskan selepas enam hari, memang kalau ikutkan dalam Seksyen 117 selepas hari terakhir reman, sama ada wujud kes atau tak ada kes, mereka harus dilepaskan.

“Siasatan di bawah Seksyen 302 tapi permohonan reman masih lagi di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.

Pada 5 Disember tahun lepas, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai, Selangor sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman keesokan hari.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri. – 7 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Reformasi! PM, unity govt partners visit Selangor on nomination day

The three state seats under the Gombak parliamentary constituency are shaping up to be the hottest in Selangor as some of the biggest names turned up this morning for nomination day.

MAHB posts over 11 mil in total passenger movements for Feb 2024

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) showed an unusually strong growth momentum with a record of 11 million passenger movements in February 2024 despite the shorter month.

Related