‘Mereka naikkan tarif tapi kami masih alami gangguan air, ke mana duit itu pergi?’: Penduduk

Biarpun tarif air dinaikkan, perkhidmatan yang diberikan semakin merosot

2:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Meskipun gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang sudah berakhir pagi tadi, namun penduduk tidak berpuas hati dan sudah muak dengan keadaan itu.

Menurut mereka, sudahlah tarif air dinaikkan namun perkhidmatan yang diberikan bukan bertambah baik sebaliknya semakin merosot.

Kakitangan Air Selangor sentiasa bersedia membantu penduduk sekitar Pusat Bandar Damansara memastikan bantuan bekalan air yang mencukupi sampai ke kediaman mereka. – Gambar Scoop, 7 Jun, 2024

Seorang penduduk yang ditemui Scoop di Pusat Bandar Damansara dan enggan dikenali berkata, air merupakan keperluan asas dan gangguan air bukan masalah baharu serta sering berlaku.

‘Saya sudah muak kerana sentiasa perlu sediakan tong air, tarif air dinaikkan tapi kami masih berdepan dengan gangguan air.

“Mereka menaikkan tarif air pada awal tahun ini tetapi kami masih dapat gangguan air, ke mana duit itu pergi?

“Ini bukan masalah baru, saya tidak kisah sama ada ini adalah penyenggaraan berkala atau tidak, negara moden tidak sepatutnya mengalami gangguan bekalan air,’’ katanya yang merupakan seorang pesara.

Beberapa kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mengalami gangguan air sejak Rabu lalu dan hanya berakhir pagi tadi.

Air Selangor memaklumkan gangguan bekalan air disebabkan kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) pada 5 Jun.

Bermula 1 Februari lalu, pengurusan Air Selangor akan melaksanakan pelarasan tarif air berperingkat untuk pengguna domestik selaras dengan pengumuman dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Caj minimum untuk pengguna domestik akan meningkat kepada RM6.50 daripada RM6.

Dalam pada itu, seorang pakar teknologi maklumat (IT) yang hanya ingin dikenali sebagai K pula berkata, kawasan perumahan di situ kebanyakan didiami oleh golongan pesara dan mereka ini mempunyai wang untuk menyediakan beberapa tangki air di rumah masing-masing.

“Mereka mempunyai wang untuk memasang beberapa tangki air, jadi mereka tidak terjejas sangat dengan gangguan bekalan air ini.

“Semasa gangguan air, kami sekeluarga meneruskan rutin harian kami seperti biasa, cuma kami tidak membasuh pakaian. Kami tetap berhemat dengan penggunaan air kerana kami tidak tahu bila bekalan air akan kembali pulih,” katanya.

Pesara, Lian Mongyee sudah biasa dengan gangguan bekalan air serta sentiasa bersedia sekiranya ia berulang. – Gambar Scoop, 7 Jun, 2024

Manakala seorang lagi penduduk, Lian Mongyee, 72, berkata dia dengan isterinya telah lama bersedia untuk menghadapi gangguan bekalan air dan menyediakan beberapa tong air di rumah.

“Saya sudah tinggal di sini selama 34 tahun, kawasan ini sejak beberapa tahun lalu kerap tiada air, jadi saya dengan isteri sudah sediakan tiga atau empat tong air supaya kami tidak terlalu risau.

“Di rumah ini hanya ada saya dan isteri, jadi tidak berebut air atau habis air dan lebih mudah untuk menguruskan bekalan air dalam tong kami,” katanya.

Lian juga memberitahu Air Selangor telah memberi notis awal kepada penduduk mengenai gangguan bekalan air dan ia membantu mereka bersiap sedia menghadapi gangguan itu.

“Ia memberi kami masa yang mencukupi untuk kami membuat persediaan gangguan air seperti mengumpul air dalam tong kami, mencuci pakaian lebih awal dan memberi kami masa untuk bersedia,” katanya. – 7 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related