Calon Kerajaan Perpaduan pada PRK Sg Bakap diumum minggu depan: PM

Mengikut cadangan awal, calon adalah daripada PKR namun perkara itu belum dimuktamadkan

4:00 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan diumumkan minggu depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau telah meminta Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli memilih tarikh sesuai bagi mengumumkan nama calon yang akan bertanding nanti.

“Kita telah ada senarai, kita ambil calon yang layak, ramai yang layak dah insya-Allah, kita umum minggu depan.

“Tarikh, saya minta Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli umum tarikh yang sesuai minggu depan tetapi prosesnya (pemilihan calon) kita bincang, pimpinan parti sudah, kepimpinan PH dan BN, dan kita maklum dalam (mesyuarat) Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 5,000 jemaah di Masjid Sultan Abdul Samad di sini hari ini.

Ditanya adakah calon itu daripada PKR, Anwar berkata: “Setakat ini dicadangkan begitu, tetapi kita muktamadkan dalam mesyuarat nanti”.

Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Sungai Bakap, Pulau Pinang pada 6 Julai ini, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 22 Jun (Sabtu) dan 2 Julai (Selasa).

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff, 56, pada 24 Mei lepas semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut.

PRK Sungai Bakap merupakan PRK kelapan yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022. – 7 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Pardons Board should disclose reasons behind Najib’s sentence reduction, urges Ramkarpal

The Pardons Board should disclose the reasons behind its decision to grant ex-prime minister Datuk Seri Najib Razak a reduced prison sentence and fine, said Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh.

No tolerance for racial, religious hatred, PM warns of severe action

I can stand to be attacked, but I draw the line at others inciting hate using racial and religious sentiments, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related