Kemalangan treler dan 3 kereta, lebuh raya PLUS sesak 8km

Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan pengawal trafik dan papan tanda di lokasi kejadian

1:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Laluan di Kilometer (km) 293.1 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Selatan sesak sepanjang 8 km susulan kemalangan melibatkan sebuah treler dan tiga kereta hari ini.

PLUS Trafik dalam hantaran menerusi laman X memaklumkan kemalangan yang dilapor berlaku kira-kira 9 pagi tadi antara laluan Southville City ke Bandar Putra Mahkota itu mengakibatkan lorong tengah dan lorong kanan lebuh raya berkenaan terhalang.

“Setakat 11.44 pagi, lorong kanan dan tengah masih ditutup bagi proses pengalihan (kenderaan terlibat kemalangan), manakala lorong kiri dan lorong kecemasan boleh dilalui. Sila guna laluan alternatif,” menurut Plus Trafik.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan pengawal trafik dan papan tanda di lokasi kejadian. – 8 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related