Biar Speaker Dewan Rakyat tentukan status kerusi 6 wakil rakyat Bersatu: Zahid

Beliau percaya, status wakil rakyat berkenaan akan ditentukan berdasarkan akta anti lompat parti atau Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663)

6:02 PM MYT

 

BANTING – Kedudukan kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu sama ada kekal atau dikosongkan akan ditentukan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, beliau percaya kedudukan wakil rakyat berkenaan, akan ditentukan berdasarkan peruntukan yang terkandung di dalam akta anti lompat parti atau Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663).

Ahmad Zahid berkata, beliau juga menunggu keputusan yang akan dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, sekiranya notis pengosongan kerusi dibawa ke sidang Parlimen pada hujung bulan nanti.

“Kita serahkan kepada budi bicara speaker dan tunggu persidangan Parlimen pada hujung bulan ini,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Sambutan Hari TVET Negara 2024 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan keahlian wakil rakyat Bersatu yang tidak mematuhi arahan kepemimpinan, terhenti serta-merta.

Mereka ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selat Klang Abdul Rashid Asari.

Semalam, Johari mengesahkan beliau belum menerima sebarang notis rasmi daripada mana-mana pihak, berhubung kekosongan kerusi disandang enam Ahli Parlimen berkenaan yang digugurkan keahlian mereka dalam parti, baru-baru ini. – 8 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Related