Status 7 wakil rakyat Bersatu: Suhaili sindir Hamzah, ‘sembang kencang’ tapi kesudahan macam itu juga

Datuk Suhaili Abdul Rahman menyifatkan Datuk Seri Hamzah Zainudin hanya mencari publisiti murahan kerana telah bercakap tentang perkara yang sama sejak Mac

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman menyindir Datuk Seri Hamzah Zainudin hanya mencari publisiti murahan dengan mendakwa diarahkan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu untuk mengambil tindakan susulan terhadap tujuh wakil rakyat parti itu yang berpaling tadah.

Sebaliknya, Suhaili berkata, Setiausaha Agung Bersatu itu pada hakikatnya tidak melakukan apa-apa dan hanya ‘sembang kencang’ semata-mata.

“Saya hanya akan komen bila mana esok dia kata dia dah serah surat kepada Speaker (Dewan Rakyat), jadi baru ada news value (nilai berita).

“Sekarang tak guna, mereka hanya cari publisiti murahan saja. Mereka dah cakap mengenai perkara ini dari bulan Mac lagi.

“Sebelum raya, lepas raya betul tak? Sembang tung tang, tung tang tapi kesudahannya sampai sekarang macam tu juga,” katanya kepada Scoop.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Hamzah bahawa status enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bersatu yang berpaling tadah menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti tersebut pada Jumaat lalu.

Katanya, MPT mengarahkan beliau selaku Setiausaha Agung parti untuk membuat tindakan susulan terhadap tujuh wakil rakyat terbabit.

Mengulas lanjut, Suhaili berkata, kenyataan yang dikeluarkan Hamzah hanyalah keputusan dalam mesyuarat MPT Bersatu, bukannya keputusan Speaker Dewan Rakyat (Tan Sri Johari Abdul).

“Ini MPT buat keputusan mesyuarat, jadi itu MPT bukan Perlembagaan, bukan (Speaker) Dewan Rakyat betul tak?

“Jadi yang dia buat gempak dalam MPT, kita nak kecoh buat apa? PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim pun kata tak payah layanlah. Kita kerajaan, dia (Hamzah) boleh cakap apa dia suka,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan keahlian wakil rakyat Bersatu yang tidak mematuhi arahan kepemimpinan, terhenti serta-merta.

Mereka ialah Suhaili, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Adun Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Jumaat lalu, Johari mengesahkan beliau belum menerima sebarang notis rasmi daripada mana-mana pihak, berhubung kekosongan kerusi disandang enam Ahli Parlimen berkenaan yang digugurkan keahlian mereka dalam parti, baru-baru ini. – 10 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Reformasi! PM, unity govt partners visit Selangor on nomination day

The three state seats under the Gombak parliamentary constituency are shaping up to be the hottest in Selangor as some of the biggest names turned up this morning for nomination day.

MAHB posts over 11 mil in total passenger movements for Feb 2024

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) showed an unusually strong growth momentum with a record of 11 million passenger movements in February 2024 despite the shorter month.

Related