Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1718080308:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-124856
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-124856
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 206336
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 210
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:160:"Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya menyelidik terlebih dahulu badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik untuk melaksanakan ibadah korban di luar negara";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => korban luar negara
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya menyelidik terlebih dahulu badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748390680";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748213547";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748390680
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
Perlu ada garis panduan khusus ibadah korban di luar negara, elak penipuan | Scoop

Perlu ada garis panduan khusus ibadah korban di luar negara, elak penipuan

Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya menyelidik terlebih dahulu badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik untuk melaksanakan ibadah korban di luar negara

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa perlu menetapkan garis panduan khusus berkaitan ibadah korban di luar negara bagi mengelakkan umat Islam di negara ini menjadi mangsa penipuan.

Bercakap kepada Scoop, mantan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ini termasuklah dengan menegaskan hanya badan bukan kerajaan (NGO) yang diberikan lesen atau tauliah sahaja dibenarkan mengendali urusan korban di luar negara.

Malah, katanya, umat Islam di negara ini juga dinasihatkan supaya menyelidik terlebih dahulu badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik untuk melaksanakan ibadah korban di luar negara.

“Umat Islam juga harus memastikan NGO terbabit boleh dipercayai dari sudut penunaian amanah dan mempunyai rekod yang baik,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Salim menegaskan, tiada larangan dalam al-Quran mahupun sunnah atau hadis mengenai tindakan umat Islam memilih untuk mengadakan ibadah korban di luar negara.

Katanya, hukum mengadakan ibadah korban di negara lain berbanding di dalam negara adalah harus.

Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan, tiada larangan dalam al-Quran mahupun sunnah atau hadis mengenai tindakan umat Islam memilih untuk mengadakan ibadah korban di luar negara – Gambar laman web MyWilayah, 10 Jun, 2024

“Antara matlamat utama syariat Islamiah adalah memberi perhatian kepada golongan umat Islam yang miskin dan berhajat. Ini termasuklah keharusan mengadakan ibadah korban di negara lain daripada negara orang yang melakukannya (tuan korban).

“Tidak ditemui larangan untuk tindakan ini sama ada di dalam al-Quran mahupun sunnah atau hadis. Jika zakat yang merupakan perkara wajib sekalipun harus dipindahkan ke luar kawasan atau negara, inikan pula korban yang hanya sunat muakkad (sunat yang ditekankan),” katanya.

Beliau berkata, seseorang yang hendak melaksanakan ibadat korban juga harus mengetahui di mana haiwan korban itu akan disembelih.

“Paling baik (afdhal) tuan korban menyembelih sendiri haiwan korbannya, tetapi adalah harus dan sah diwakilkan kepada seorang lain bagi membeli haiwan berkenaan, begitu juga menyembelihkannya.

“Di samping itu perlu diketahui juga adalah digalakkan (mustahab) tuan korban menyaksikan sembelihannya jika ia disembelih oleh orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Salim berkata, hukum ibadat korban adalah sunat muakkad yakni sunat yang ditekankan dan bukan suatu amalan wajib.

“Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Khalifah ‘Umar Ibnu al-Khattab pernah meninggalkan ibadah ini untuk menunjukkan bahawa ia tidak diwajibkan ke atas umat Islam.

“Namun para ulama mazhab mengatakan adalah makruh bagi seseorang yang berkemampuan meninggalkannya. Satu bahagian daging korban dikira memadai bagi seisi keluarga,” katanya. – 11 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Muda’s asset rankings: Kalyana, Siva Prakash revealed as wealthiest candidates

Two of Muda’s candidates for the six state elections, Kalyana Rajasekaran Teagarajan and R. Siva Prakash, appear to have the most assets compared to other hopefuls from the youth-based party.

Asiad: CDM confident contingent can achieve target of 27 medals

The Malaysian contingent to the Asian Games is confident they can achieve the target of 27 medals, with eight hari of competition remaining before the closing ceremony on Oktober 8.

‘Tak sensitif’ Pemuda PAS Pahang pula desak Konsert Siti Nurhaliza, Pesta Muzik Kuantan ditunda

Penganjuran konsert dalam suasana Ramadan yang bakal menjelma patut dibatalkan atau ditangguhkan kerana ia seolah-olah menunjukkan tiada sifat sensitiviti dengan suasana dan keadaan semasa

Related