Pam diesel lengang, ramai masih terkejut penghapusan subsidi diesel

Ramai pemilik kenderaan persendirian yang beratur untuk mengisi minyak sebelum bermulanya pemotongan subsidi berkenaan

7:34 PM MYT

 

SHAH ALAM – Pam diesel di beberapa stesen minyak di sini lengang hari ini susulan pengumuman harga diesel tanpa subsidi yang bermula tengah malam tadi.

Perubahan drastik harga diesel memaksa ramai pemilik kenderaan persendirian yang menggunakan bahan api itu beratur untuk mengisi minyak sebelum bermulanya pemotongan subsidi berkenaan.

Pekerja stesen minyak, Nadia Mohd Syukor mengakui keadaan di stesen minyak tidak meriah seperti lazimnya. – Gambar Faiz Mohamed/Scoop, 10 Jun, 2024

Perkara itu turut diakui pekerja stesen minyak, Nadia Mohd Syukor yang memaklumkan pengguna berkurangan begitu ketara hari ini berbanding sebelumnya disebabkan pelaksanaan harga diesel tanpa subsidi.

“Kalau nak bandingkan dengan hari biasa, hari ini keadaan lengang mungkin disebabkan orang ramai masih terkejut dengan harga baru yang diumumkan.

“Pada masa sama, orang ramai juga mungkin sudah mengisi diesel sebelum harga baru itu dilaksanakan tengah malam tadi,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pekerja stesen minyak, Mohd Yusri Hafiz Mohd Yusof, 25, berkata, dia menerima rungutan daripada pelanggan yang terkesan dengan penghapusan subsidi bahan api itu, ketika mereka beratur untuk mengisi diesel, malam tadi.

“Kebanyakannya peniaga kecil yang mengeluh sebab mereka belum bersedia dan terbeban dengan pelaksanaan penghapusan subsidi ini.

“Sebelum ini, mereka kata RM150 sudah cukup untuk satu perjalanan, sekarang paling kurang pun melebihi RM200 untuk sekali isi,” katanya.

Tambahnya, bagi pemandu lori pula, mereka terpaksa menanggung pertambahan mencecah RM300 untuk sekali isian penuh minyak diesel.

“Sebelum ini kalau untuk lori sebanyak 250 liter, harga untuk isi penuh dalam RM537, sekarang ini untuk isipadu yang sama harga penuh ialah RM837,” katanya.

Seorang lagi pekerja stesen minyak, Mohd Yusri Hafiz Mohd Yusof mengakui pelanggan terkesan dengan langkah kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar itu. – Gambar Faiz Mohamed/Scoop, 10 Jun, 2024

Semalam, harga runcit diesel di semua stesen minyak di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter berkuatkuasa 12.01 tengah malam Isnin (10 Jun), sebagai sebahagian daripada langkah kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar.

Terdahulu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, harga diesel bagi Sabah, Sarawak dan Labuan, bagaimanapun kekal RM2.15 seliter.

Bagaimanapun, Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKS) 2.0 yang menggunakan kaedah fleet card bagi kenderaan logistik berkelayakan untuk membendung kesan terhadap harga barangan pengguna, ditetapkan pada harga RM2.15 seliter. – 10 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Ringgit eases against dollar as Fed official’s comments dampen rate cut hopes

Local note at 4.6910/6950 versus greenback at 9am

Guru guna gambar ‘askar China’ pada poster dikenakan tindakan tatatertib: Fadhlina

Kementerian Pendidikan sudah mengambil tindakan tegas melalui siasatan Unit Integriti dan tindakan tatatertib terhadap guru itu

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Related