PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan diumum esok

Mesyuarat hari ini turut memutuskan melantik Rafizi Ramli dan Senator Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Jentera Pilihanraya Kerajaan Perpaduan

8:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan akan mengumumkan calonnya yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap malam esok.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Katanya, mesyuarat diadakan di Seri Perdana itu dihadiri pimpinan tertinggi kedua-dua parti.

“Calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK berkenaan sudah dimuktamadkan dan akan diumumkan secara rasmi pada 12 Jun 2024, jam 9 malam,” katanya menerusi kenyataan.

Asyraf Wajdi berkata, bagi maksud penyelarasan dan penyeragaman gerak kerja jentera PRK, mesyuarat memutuskan melantik Rafizi Ramli dan Senator Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Jentera Pilihanraya Kerajaan Perpaduan.

“Manakala Pengerusi Operasi Bersama PRK DUN Sungai Bakap mewakili Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang akan diketuai Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Datuk Musa Sheikh Fadzir,” katanya. – 11 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related