Fahmi sahkan mewakili datuk, nenek Zayn Rayyan jika direman esok

Ditanya mengenai datuk dan nenek Zayn Rayyan, katanya, kedua-duanya berada dalam keadaan baik

10:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Peguam, Fahmi Abd Moin mengesahkan beliau akan mewakili datuk dan nenek kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, jika kedua-dua mereka ditahan reman oleh polis di Mahkamah Petaling Jaya, esok.

Bercakap kepada Scoop, beliau yang juga peguam mewakili ibu dan bapa Zayn Rayyan berkata, pihaknya ada bertemu dengan datuk dan nenek Zayn Rayyan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya petang tadi sebelum dimaklumkan oleh pihak polis bahawa kedua-duanya akan ditahan.

“Saya dimaklumkan kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan.

“Ya, saya akan mewakili kedua-duanya (datuk dan nenek Zayn Rayyan) jika mereka ditahan reman oleh polis di Mahkamah Petaling Jaya, esok,” katanya.

Ditanya mengenai datuk dan nenek Zayn Rayyan, katanya, kedua-duanya berada dalam keadaan baik.

“Tiada apa-apa yang mereka beritahu saya cuma saya maklumkan kepada kedua-duanya, beri kerjasama yang baik terhadap apa sahaja pihak siasatan (polis) mahukan,” katanya.

Petang tadi, datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan ditahan di IPD Petaling Jaya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mengenai penahanan tersebut.

Menurut beliau, pasangan yang juga ibu dan bapa kepada Zaim Ikhwan Zahari itu ditahan jam 2.30 petang di Subang Bestari.

“Penahanan mereka bagi membantu siasatan kes Zayn. Kita akan memohon perintah tahanan reman terhadap kedua-duanya di Mahkamah Petaling Jaya esok pagi,” katanya.

Pagi ini, ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf tidak membuat sebarang pengakuan bersalah dalam prosiding tertutup dalam kamar di Mahkamah Majistret.

Peguam mewakili Ismanira, Mahmud Jumaat berkata, pihak polis hari ini membawa Ismanira, 29, bagi mendapatkan pengakuan bersalah di hadapan majistret mengikut Seksyen 26 (1) Akta Keterangan 1950.

Seksyen berkenaan menyatakan tiada pengakuan salah yang dibuat oleh mana-mana orang semasa berada dalam jagaan seseorang pegawai polis boleh dibuktikan bagi menentang orang itu melainkan jika pengakuan salah itu dibuat di hadapan seorang Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret.

Pada 5 Disember tahun lepas, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai, Selangor sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman keesokan hari.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri. – 12 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related