Tindakan JKM ambil adik Zayn Rayyan adalah prosedur normal: Peguam

Fahmi turut mengesahkan JKM akan memohon penjagaan sementara ke atas kanak-kanak itu di Mahkamah Shah Alam pagi ini

9:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peguam yang mewakili bapa kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiiin, Fahmi Abd. Moin memaklumkan tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menempatkan adik kepada mangsa bunuh itu di bawah jagaan agensi berkenaan merupakan prosedur normal.

Bercakap kepada Scoop, Fahmi turut mengesahkan JKM akan memohon penjagaan sementara ke atas kanak-kanak itu di Mahkamah Shah Alam pagi ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan berapa lama JKM akan memohon hak penjagaan sementara tersebut kerana tidak terlibat dalam prosiding kes berkenaan.

“JKM mempunyai kuasa perundangan untuk menempatkan kanak-kanak itu dalam jagaan mereka di bawah Seksyen 18 dan 19 Akta Kanak-Kanak.

“Ini prosedur normal sebab di bawah Seskyen 17(1) Akta Kanak-Kanak, JKM boleh mohon untuk jaga kanak-kanak, yang ibu bapa mereka dah kena tuduh bawah seksyen 31 (1) akta tersebut,’’ katanya.

Semalam, ibu bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini, pada 12 tengah hari, 5 Disember sehingga 9.55 malam, 6 Disember lepas.

Fahmi mewakili Zaim manakala Ismanira diwakili Mahmud Jumaat. – 14 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related