Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1718340077:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_bca1f28c19b15d1884741899d10d8759] => Array
        (
            [0] => 
How are we supposed to live? Kg Sg Baru residents decry ‘cruel’ water, power cuts
) [_oembed_time_bca1f28c19b15d1884741899d10d8759] => Array ( [0] => 1718335104 ) [_oembed_f01aee1bfe043b8eb4e00495f498bd29] => Array ( [0] =>
Why evict Kg Sg Baru residents without a development order?: Khalid Samad
) [_oembed_time_f01aee1bfe043b8eb4e00495f498bd29] => Array ( [0] => 1718335105 ) [_oembed_4d25ff8b3a4efae036bef2f548592b4a] => Array ( [0] =>
Ritzy Gloss pushes forward with Kg Sg Baru demolition amid fierce resident opposition
) [_oembed_time_4d25ff8b3a4efae036bef2f548592b4a] => Array ( [0] => 1718335164 ) [_oembed_4d6c68dc6170a43f1c75eeec1b5d6a42] => Array ( [0] =>
​​’Who do you work for?’ Khalid Samad pans govt for ‘neglecting’ Kg Sg Baru residents
) [_oembed_time_4d6c68dc6170a43f1c75eeec1b5d6a42] => Array ( [0] => 1718335164 ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 207881 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 22 ) [onesignal_meta_box_present] => Array ( [0] => 1 ) [onesignal_send_notification] => Array ( [0] => ) [onesignal_modify_title_and_content] => Array ( [0] => ) [onesignal_notification_custom_heading] => Array ( [0] => ) [onesignal_notification_custom_content] => Array ( [0] => ) [_post_language] => Array ( [0] => Bahasa Malaysia ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-115833 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-115833 ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 30 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 3 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:144:"Jelas DBKL, kelulusan Perintah Pembangunan belum dikeluarkan kerana permohonan masih dalam peringkat pematuhan kepada kehendak-kehendak teknikal";} ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => Kg Sg Baru ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 65 ) [post_views_count] => Array ( [0] => 289 ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748391752";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748031638";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:20;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 2 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1748391752 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 3 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 2 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 2 ) )
Projek Kg Sg Baru: Pemaju belum dapat Perintah Pembangunan, kata DBKL | Scoop

Projek Kg Sg Baru: Pemaju belum dapat Perintah Pembangunan, kata DBKL

Jelas DBKL, kelulusan Perintah Pembangunan belum dikeluarkan kerana permohonan masih dalam peringkat pematuhan kepada kehendak-kehendak teknikal

11:35 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemaju hartanah swasta yang menerajui projek pembangunan semula Kg Sg Baru, Ritzy Gloss Sdn Bhd telah mengarahkan bekalan air di kawasan itu dipotong meskipun Perintah Pembangunan belum dikeluarkan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika mengesahkan kepada Scoop berkata, permohonan Perintah Pembangunan itu masih dalam peringkat pematuhan kepada kehendak teknikal.

“Kelulusan Perintah Pembangunan belum dikeluarkan kerana permohonan masih dalam peringkat pematuhan kepada kehendak-kehendak teknikal,” kata DBKL dalam kenyataannya kepada Scoop, sebagai mengulas mengenai isu tersebut.

Dalam pada itu, Air Selangor Sdn Bhd memberitahu Scoop pemotongan bekalan air yang menjejaskan kira-kira 50 keluarga di situ, dilaksanakan selepas mendapat ‘permohonan’ daripada pemilik tanah.

Ditanya sama ada arahan itu daripada pemaju, Air Selangor dengan tegas memberitahu pengguna di kawasan itu tidak membuat aduan berhubung gangguan bekalan air.

Pada 23 Mei lalu, penduduk di flat Kg Sg Baru mendakwa bekalan air di situ telah dipotong manakala penduduk di lot teres pula mengalami isu yang sama pada 10 Jun lalu, iaitu hari di mana Tenaga Nasional Bhd (TNB) memotong bekalan elektrik di kawasan terbabit.

TNB bagaimanapun menyambung semula bekalan elektrik pada keesokannya selepas tindakan berkenaan diselar penduduk, yang menganggapnya sebagai ‘kejam’ kerana membiarkan mereka bergelap.

Scoop dimaklumkan bekalan air di Kg Sg Baru itu bagaimanapun masih belum disambung.

Kawasan berkenaan akan dibina kondominum mewah, bangunan komersial dan unit apartment oleh pemaju swasta Ritzy Gloss.

Pengerusi Parti Amanah Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad sebelum ini mempersoalkan tindakan pemaju yang tergesa-gesa mengusir penduduk dari kawasan itu sebelum mendapatkan Perintah Pembangunan daripada pihak berkuasa.

“Kenapa mereka (penduduk) kena keluar dari rumah sedangkan (pemaju) tidak boleh menjalankan sebarang kerja sehingga mendapat Perintah Pembangunan?” soal bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Beliau juga berkata, tanah Kg Sg Baru yang terlibat dalam projek itu kini milik Ritzy Gloss, kerana Pejabat Tanah dan Galian, serta Perbadanan Pembangunan Kg Baru (KBDC), sudah menyerahkan hak milik mereka ke atas plot tersebut.

Peranan KBDC yang didakwa memudahkan projek itu sebelum ini menjadi sasaran kemarahan Khalid, dengan bekas Ahli Parlimen itu menuduh entiti kerajaan mengutamakan kepentingan syarikat swasta berbanding kesejahteraan penduduk.

Penduduk sebelum ini secara konsisten menyuarakan rungutan mengenai pampasan yang tidak mencukupi dan kelulusan penyerahan Ritzy Gloss kepada kerajaan untuk menggunakan Akta Pengambilan Tanah (LAA) 1960, yang membenarkan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) ketika itu mengambil milikan rasmi tanah di kawasan itu pada 2021.

Terletak berhampiran Saloma Link dan stesen transit aliran ringan (LRT) Kg Baru, Kg Sg Baru terdiri daripada 98 rumah teres pegangan pajak dan 264 unit flat merangkumi lapan blok.

Daripada jumlah keseluruhan hartanah di kawasan itu, 27 pemilik rumah teres dan 192 unit flat menerima tawaran daripada pemaju secara sukarela.

Ketika 2021, pentadbiran Perikatan Nasional (PN) meluluskan permohonan Ritzy Gloss untuk kerajaan mengambil pemilikan rasmi tanah di kawasan berkenaan di bawah LAA, menyaksikan 37 rumah teres dan 72 unit flat berdepan pengambilan secara paksa.

Pemilik hartanah menegaskan, memandangkan nisbah ekar tanah mereka lebih tinggi daripada penduduk terbabit, undian mereka dalam perkara itu, seharusnya diutamakan berbanding pemilik flat dalam perumahan strata. – 14 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Photo of the day: Hands on with work and family

Tailor Nora Ronas works overtime to meet customers’ orders for new “baju raya” ahead of Hari Raya Aidilfitri in about two minggu. With many jam spent at work, she keeps her children close by at her shop in Keramat Mall.

MSSSC denies violence allegations amid Gurdwara Cup drama

Acknowledging that while there was verbal altercation, no physical violence occurred, asserts council president

Minister v podcast: Hannah Yeoh’s public feud sparks debate on sponsored content ethics

Sports minister has criticised Gintell for sponsoring episode of Keluar Sekejap pod, hosted by Shahril Hamdan and Khairy Jamaluddin

Related