Tiga lagi jemaah haji meninggal dunia, menjadikan lapan kematian dicatatkan

Kematian terbaharu iaitu yang kelapan, melibatkan seorang jemaah haji wanita Pengelola Jemaah Haji yang meninggal dunia pada 4.30 petang Sabtu lepas akibat serangan jantung ketika berjalan kaki pulang ke hotel

8:44 AM MYT

 

MAKKAH – Tiga lagi kematian melibatkan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci direkodkan berlaku menjadikan jumlah setakat ini seramai lapan orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na’aim Mokhtar berkata, kematian yang terbaharu iaitu yang kelapan, melibatkan seorang jemaah haji wanita Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang meninggal dunia 4.30 petang Sabtu lepas, ketika berjalan kaki pulang ke hotel.

“Allahyarham Sabina Jalil, 66 tahun dari Sungai Buloh, Selangor, menunaikan haji bersama seorang kawan, meninggal dunia disebabkan serangan jantung,” katanya kepada petugas media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Rawatan TH di Mina malam, semalam.

Jemaah yang keenam dan ketujuh yang meninggal dunia pula ialah Baharuddin Mohd Shood, 75 dari Jengka, Pahang dan Abd Manaf Hanapiah, 65, dari Alor Setar, Kedah, yang masing-masing meninggal dunia pada 11 Jun dan 13 Jun.

Allahyarham Baharuddin meninggal dunia disebabkan kanser usus di Pusat Rawatan TH Makkah, manakala Allahyarham Abd Manaf pula disebabkan serangan sakit jantung semasa mendapatkan rawatan di Makkah Medical Center.

Sementara itu Mohd Nai’im berkata, pesakit yang sedang dirawat di Pusat Rawatan di Makkah merupakan mereka yang terlibat dengan Program Safari Wukuf pada Sabtu lepas yang telah dibawa ke padang Arafah oleh petugas TH menggunakan bas diubah suai.

Kebanyakan mereka katanya mengalami masalah jantung selain masalah kesihatan akibat masalah pernafasan.

Pusat Rawatan TH di Makkah yang menyediakan 187 katil dilengkapi peralatan perubatan serta perkhidmatan sinar-X, selain wad kecemasan, perkhidmatan pergigian dan makmal.

Turut disediakan 17 buah ambulans yang memberi perkhidmatan kepada 12 bangunan penginapan jemaah haji Malaysia di sini. – 17 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related