Kemalangan kenderaan dengan lembu di LDP, perakam kejadian diminta tampil

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai insiden dua lembu muncul di LDP, selepas didakwa terlepas dari kawasan surau berhampiran

5:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis memohon perakam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan dengan lembu yang berkeliaran di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) semalam, tampil bagi membantu siasatan insiden terbabit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan trafik mengesan satu video tular dimuatnaik pemiliki akaun bernama Mohd Nooramin di Facebook, memaparkan dua lembu terlepas di jalan raya.

Menurutnya, kejadian dikesan berlaku pada jam 5.30 petang itu kemudian mengakibatkan kemalangan.

“Kejadian ini dipercayai berlaku ekoran lembut terbabit terlepas dari kawasan surau berhampiran, sebelum masuk ke LDP berhampiran sebuah pusat membeli-belah menghala Puchong.

“Hasil siasatan awal mendapati bahawa insiden terbabit membabitkan kemalangan dengan sebuah kereta jenis perodua Myvi,” katanya menerusi kenyataan.

Shahrulnizam berkata, bagaimanapun kemalangan itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada pemandu kenderaan terbabit.

“Perakam diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704,” katanya.

Beliau berkata, siasatan diteruskan di bawah Rule 33(1) Kaedah-Kaedah LAlu Lintas Jalan 1959.

“Pihak polis mengingatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam, selain memohon semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

“Pihak polis tidak akan berkompromi kepada mana-mana pemandu yang memandu secara merbahaya dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai insiden dua lembu muncul di LDP, selepas didakwa terlepas dari kawasan surau berhampiran.

Susulan kejadian itu, seekor daripada lembu itu dirempuh Perodua Myvi yang tidak dapat mengelak. – 17 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Malaysia alu-alukan kerjasama telco, media bangunkan aplikasi AI: Fahmi

Fahmi berkata kerangka kawal selia teknologi AI yang mapan dan menyeluruh diperlukan bagi memastikan matlamat penggunaan teknologi AI dapat dicapai

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Related