Sindiket jadikan beg galas tempat simpan dadah tumpas

Difahamkan sindiket itu juga aktif beroperasi sejak Julai 2016

6:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sindiket pengedaran dadah di Johor tumpas selepas seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan polis pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, M Kumarasan berkata, suspek ditahan dalam satu serbuan di sekitar tepi laluan keluar premis stesen minyak dekat Gelang Patah, Johor kira-kira jam 9.30 pagi, 13 Jun lalu.

Menurutnya, suspek ditahan bersama sejumlah dadah dan semakan mendapati lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan narkotik.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati modus operandi kegiatan sindiket itu adalah menjadikan beg galas sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

Katanya, sindiket itu juga aktif beroperasi sejak Julai 2016.

“Dalam operasi itu, polis berjaya merampas kira-kira 3,057 gram atau 20 paket ganja bernilai RM9,300 dan menyita sebuah kereta, sebuah motosikal dan wang tunai RM90,” katanya.

Kumarasan berkata, jumlah keseluruhan nilai rampasan dadah dan sitaan bagi operasi itu adalah sebanyak RM105,390.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula 14 Jun hingga 20 Jun ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan, hukuman mati atau penjara seumur hidup yang mana boleh juga dikenakan sebatan,” katanya. – 19 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Related