Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1719028769:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 214
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 210326
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:145:" Bersatu dilihat lebih mementingkan muslihat politik mereka berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan dan usaha memulihkan ekonomi negara";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Enam Ahli Parlimen
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Barisan Nasional (BN) menyifatkan keputusan Bersatu melucutkan keahlian enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 68
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748445482";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:15;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748032058";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:20;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748445482
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Keputusan Bersatu lucut keahlian 6 Ahli Parlimen, Adun muslihat politik: Zambry | Scoop

Keputusan Bersatu lucut keahlian 6 Ahli Parlimen, Adun muslihat politik: Zambry

Bersatu dilihat lebih mementingkan muslihat politik mereka berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan dan usaha memulihkan ekonomi negara

11:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) menyifatkan keputusan Bersatu melucutkan keahlian enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu sebagai muslihat politik.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, melalui keputusan itu, Bersatu dilihat lebih mementingkan muslihat politik mereka berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan dan usaha memulihkan ekonomi negara.

“BN memantau keputusan Bersatu melucutkan keahlian tujuh wakil rakyat mereka yang jelas dilihat sebagai muslihat politik berbanding dengan keutamaan untuk mengekalkan kestabilan dan usaha memulihkan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Tertinggi BN, semalam.

Bersatu pada Khamis mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul meminta supaya enam kerusi Parlimen diwakili wakil rakyatnya yang sebelum ini menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikosongkan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Whip Bersatu yang juga Naib Presidennya, Datuk Dr Ronald Kiandee, selepas merujuk Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, di mana keahlian parti enam wakil rakyat Bersatu itu terhenti secara serta-merta.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Anwar sebelum ini ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Seorang lagi ialah Adun Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Pada Rabu lalu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan, menjadikan Mohd Azizi Abu Naim (gambar) sebagai Adun pertama kehilangan kerusinya kerana menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

Pada Rabu lalu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Adun dan Bersatu mengenai status Mohd Azizi yang hilang keahlian daripada Bersatu.

Susulan pengumuman Mohd Amar itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya turut memaklumkan mesyuarat khas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri akan diadakan pada Jumaat depan.

Selain itu, Zambry berkata, semua parti komponen dan Friends of Barisan Nasional memberi komitmen dalam mempersiapkan semua jentera parti bagi membantu calon Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

“Mesyuarat juga memberi komitmen berterusan untuk BN membawa isu rakyat yang memerlukan kesegeraan tindakan demi memelihara kesejahteraan hidup rakyat melalui langkah proaktif yang diambil bersama Kerajaan Perpaduan,” katanya. – 22 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Former DBP chief, poet Firdaus Abdullah dies aged 79

Former Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) director-general Datuk Firdaus Abdullah, 79, who was also known as a writer and poet, died today

LGBTQ+ rights advocacy: Somebody else please, not Matty Healy

The troubled lead singer of British rock band The 1975 made global headlines this weekend following his outburst against the country’s laws governing LGBTQ+ activities during a performance at the Good Vibes Festival at the Sepang motorsport circuit on Friday.

Himpunan Freedom For Palestine dikecam, sebilangan peserta sifatkan tidak capai matlamat

Ada peserta yang mendakwa penganjur turut menggelar mereka yang mengangkat sepanduk mengecam Netanyahu sebagai ‘zionis’.

Related