KPDN sedang selaras rayuan sektor pengangkutan tertentu sertai SKDS: Armizan

Rayuan tersebut akan dibawa kepada jawatankuasa rayuan yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi sebelum dipertimbangkan Jemaah Menteri

11:48 AM MYT

 

PUTRAJAYA — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menyelaraskan rayuan sektor pengangkutan tertentu, yang ingin menyertai Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) untuk dibawa kepada jawatankuasa rayuan yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata perkara itu seterusnya akan diangkat untuk pertimbangan mesyuarat Jemaah Menteri.

Beliau berkata permohonan lengkap SKDS yang meliputi 33 jenis pengangkutan darat awam dan barangan, akan diberikan kelulusan serta-merta.

“Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my/ dan surat kelulusan akan dikeluarkan serta-merta, untuk membolehkan syarikat pengangkutan yang berjaya terus membuat permohonan fleet card kepada syarikat minyak pilihan melalui sistem yang sama.

“Proses permohonan adalah mudah dan cepat, kerana syarikat hanya perlu mengisi maklumat terhad dan pengesahan boleh dibuat segera melalui integrasi dengan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Armizan berkata syarikat yang tersenarai dalam 33 jenis pengangkutan darat awam dan barangan yang berkelayakan, disarankan membuat permohonan segera.

“Kelulusan yang diperolehi sehingga 30 Jun 2024, membolehkan syarikat pengangkutan memohon bayaran tuntutan balik kadar perbelanjaan atas harga subsidi, melalui bukti resit pembelian sehingga syarikat pengangkutan menerima fleet card daripada syarikat minyak pilihan,” katanya.

Selaras dengan kenyataan Kementerian Kewangan (MoF) pada 12 Jun, bayaran tuntutan balik akan dilaksanakan bermula Julai 2024 untuk mereka yang mendaftar dan mendapat kelulusan SKDS sehingga 30 Jun ini.

Prosedur permohonan tuntutan dan tatacara pembayaran balik, akan dimaklumkan oleh MOF dalam masa terdekat.

Armizan berkata sekiranya berlaku penyalahgunaan fleet card oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, KPDN tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk menarik balik kelulusannya.

Beliau berkata KPDN juga menegaskan agar semua peniaga terutama kepada mereka yang menerima kemudahan subsidi diesel melalui fleet card, tidak menaikkan harga dengan memberikan alasan penetapan harga diesel baharu sebagai punca kenaikan harga barangan atau perkhidmatan mereka.

Setakat 8 pagi hari ini, jumlah keseluruhan kenderaan pengangkutan awam dan barangan yang diluluskan subsidi diesel di bawah SKDS ialah sebanyak 226,957 melibatkan 75,541 syarikat. – 23 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related