Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1719202355:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 210744
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-142489
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-142489
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:128:"Bagi Taska tidak berdaftar ini, pendekatan yang pelbagai digunakan termasuk memberi notis peringatan dan tindakan penguatkuasaan";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Taska
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 55
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 240
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749532002";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:5;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749893684";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749893684
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
506 Taska dikesan tidak berdaftar dengan JKM | Scoop

506 Taska dikesan tidak berdaftar dengan JKM

Bagi Taska tidak berdaftar ini, pendekatan yang pelbagai digunakan termasuk memberi notis peringatan dan tindakan penguatkuasaan

11:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 506 taman asuhan kanak-kanak (Taska) dikesan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga 31 Mei lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Taska berkenaan kini berada di bawah tindakan JKM.

“Bagi Taska tidak berdaftar ini, kita menggunakan pendekatan yang pelbagai, termasuk diberikan notis peringatan dan tindakan penguatkuasaan, selaras dengan peruntukan Akta 308.

“Berdasarkan keputusan kertas siasatan dibuka dan selesai dilengkapkan, sebanyak lapan Taska sudah dikenakan tindakan lak, 17 dikompaun dan dua kes didakwa di mahkamah antara 2020 hingga Mac 2024,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad yang memohon penjelasan berhubung statistik bilangan Taska dikesan tidak berdaftar dengan JKM, selain sejauh mana tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pengusaha premis berkenaan.

Nancy berkata, terdapat sesetengah Taska yang tidak mendaftarkan perkhidmatan itu, menepati minimum pengoperasian seperti ditetapkan JKM, tetapi tidak berbuat demikian kerana pelbagai faktor.

Katanya, faktor itu antaranya kesukaran menepati syarat prosedur ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berbeza antara satu kawasan pentadbiran dengan yang lain.

“Bagi taska yang berdepan dengan situasi sebegini, JKM guna pendekatan dengan membantu mereka menerusi penyediaan khidmat nasihat, selain melaksanakan inisiatif memudahcarakan proses mereka memenuhi syarat ditetapkan agensi berkaitan.

“Agensi ini termasuk jabatan bomba dan penyelamat, jabatan kesihatan serta PBT menerusi ‘one stop centre’ (pusat sehenti) di peringkat negeri dan daerah, dengan antara September 2023 hingga 31 Mei 2024,189 Taska berjaya dibantu sehingga lulus pendaftaran,” katanya.

Mengulas lanjut, Nancy mengakui keupayaan KPWKM untuk melakukan pemeriksaan di setiap pelusuk negeri bagi mencari Taska yang tidak berdaftar amat terhad.

Justeru, beliau menyeru kerjasama semua pihak, termasuk ibu bapa dan orang awam untuk melaporkan kewujudan Taska tidak berdaftar.

Tegasnya, keperluan pendaftaran ini bukan untuk menjana pendapatan negara melalui bayaran lesen atau sebagainya.

“Keperluan pendaftaran Taska ini, demi memastikan ia beroperasi mengikut standard dan amalan terbaik.

“Ia bagi mengurangkan risiko kepada insiden tidak diingini serta keselesaan dan keselamatan anak-anak kita,” katanya.

Pada masa sama, Nancy berkata, KPWKM memandang serius isu kes kecuaian, pengabaian dan penderaan di Taska, justeru ia sentiasa menekankan kepada kepentingan pendaftaran dan kawal selia operasinya.

“Kementerian ini menekankan kepentingan sesebuah Taska untuk berdaftar dan disusuli dengan elemen penguatkuasaan, sebagaimana diperuntukan di bawah Akta Taska 1984 (Akta 308).

“Taska berdaftar bukan sahaja boleh menjamin kualiti dan standard perkhidmatan disediakan premis serta pengasuh, tetapi juga dapat mengurangkan risiko berlakunya kecuaian dan penderaan terhadap kanak-kanak di situ,” katanya. – 24 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related