MCW dakwa pengusaha stesen minyak dalang penyeludupan diesel

Tindakan tegas harus diambil terhadap stesen minyak yang terlibat, bagi memastikan tiada penyelewengan atau manipulasi yang merugikan pengguna dan negara

10:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mendakwa kes penyeludupan diesel bersubsidi berpunca daripada keterlibatan sebahagian pengusaha stesen minyak di sempadan, yang menjual diesel dalam kuantiti tidak munasabah atau berulang kepada penyeludup.

Justeru, MCW menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk menjalankan kajian terperinci, mengenai jumlah diesel yang terjual di stesen-stesen minyak di kawasan sempadan negara.

“MCW juga mencadangkan kajian ini melibatkan perbandingan jumlah diesel yang terjual dalam masa tiga bulan sebelum dan seminggu selepas kenaikan harga diesel yang diumumkan baru-baru ini,” menurut kenyataan MCW hari ini.

Kenyataan MCW memaklumkan jika terdapat perbezaan ketara dalam jumlah diesel yang terjual, tindakan tegas harus diambil terhadap stesen minyak yang terlibat, bagi memastikan tiada penyelewengan atau manipulasi yang merugikan pengguna dan negara.

Kenyataan MCW itu merujuk laporan media yang menyatakan bahawa beberapa stesen minyak di kawasan sempadan menunjukkan suasana lengang selepas pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel.

“Keadaan itu menimbulkan persoalan mengenai tingkah laku pembelian diesel oleh pengguna terutamanya di kawasan sempadan,” menurut kenyataan itu. – 24 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related