Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1719392249:22
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_oembed_5008bc7b5f1e4a6739446561bf093c81] => Array
        (
            [0] => 
CEO bergelar Datuk antara 8 ditahan kes rasuah dua projek lebuh raya lebih RM1.6 bilion
) [_oembed_time_5008bc7b5f1e4a6739446561bf093c81] => Array ( [0] => 1719391458 ) [post_views_count] => Array ( [0] => 196 ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 211469 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 22 ) [onesignal_meta_box_present] => Array ( [0] => ) [onesignal_send_notification] => Array ( [0] => ) [onesignal_modify_title_and_content] => Array ( [0] => ) [onesignal_notification_custom_heading] => Array ( [0] => ) [onesignal_notification_custom_content] => Array ( [0] => ) [_post_language] => Array ( [0] => Bahasa Malaysia ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-99185 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-99185 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:164:"Jumlah rasuah yang membabitkan kesemua suspek masih lagi dalam siasatan bagaimanapun pembinaan dua projek lebuh raya ini keseluruhannya berjumlah hampir RM11 bilion";} ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => prolintas ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 48 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 60 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 2 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752204675";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:3;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 4 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1752204675 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 1 ) )
Skandal rasuah dua projek lebuh raya RM1.6b: Seorang lagi ditahan SPRM | Scoop

Skandal rasuah dua projek lebuh raya RM1.6b: Seorang lagi ditahan SPRM

Jumlah rasuah yang membabitkan kesemua suspek masih lagi dalam siasatan bagaimanapun pembinaan dua projek lebuh raya ini keseluruhannya berjumlah hampir RM11 bilion

4:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang lagi individu kerana turut disyaki terbabit rasuah membabitkan kerja-kerja menyiapkan satu pakej pembinaan projek lebuh raya bernilai lebih RM1 bilion di Lembah Klang.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 28 Jun terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 40-an dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek telah meminta dan menerima rasuah daripada beberapa syarikat sebagai balasan kerana melantik syarikat-syarikat tersebut untuk mengambil alih kerja-kerja menyiapkan lebuh raya berkenaan yang sebelum ini dijalankan oleh satu syarikat lain.

Katanya, penahanan suspek adalah susulan tangkapan lapan individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya oleh SPRM sebelum ini kerana dipercayai telah meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1.6 bilion.

“Suspek kesembilan ini telah ditahan di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan kira-kira jam 7 malam tadi.

“Jumlah rasuah yang membabitkan kesemua suspek masih lagi dalam siasatan bagaimanapun pembinaan dua projek lebuh raya ini keseluruhannya berjumlah hampir RM11 bilion,” katanya.

Sementara itu Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Semalam Scoop melaporkan, lapan individu termasuk seorang CEO dan dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya direman selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1.6 bilion.

CEO bergelar Datuk bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi itu direman selama empat hari sehingga Jumaat ini, manakala lima lagi individu yang juga pemilik sebuah syarikat direman selama tiga hari sehingga Khamis ini. – 26 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Can Malaysians be more friendly? Country 24th in friendliness, welcome for expats

2024 ranking a slide from 15th spot in previous year, locals in Philippines, Indonesia and Thailand easier to befriend

Malaysia Airlines and the return to chocks: Safety, statistics, and perception – Capt. Kamil

Why does MAS face scrutiny while other carriers remain unchallenged?

Raya rush: bus tickets for east coast states sold out, says Loke

More than 220,000 express bus tickets from a total of 330,000 have been sold at the Southern Integrated Terminal (TBS) for the coming Hari Raya Aidilfitri festivities, and tickets to the east coast states have been completely sold out, said Transport Minister Anthony Loke

Related