Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1719579305:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 205
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 212147
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:86:"Anak perempuannya berusia lapan tahun yang tular dalam video tersebut juga seorang OKU";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => OKU
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748391105";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748010245";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:14;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748391105
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Wanita OKU biar anak ‘bertenggek’ di tingkap kereta sedang bergerak ditahan | Scoop

Wanita OKU biar anak ‘bertenggek’ di tingkap kereta sedang bergerak ditahan

Anak perempuannya berusia lapan tahun yang tular dalam video tersebut juga seorang OKU

8:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang wanita yang juga orang kurang upaya (OKU) membiarkan anak perempuannya duduk di tingkap kereta dinaiki mereka mengundang padah apabila dia ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu yang tular di media sosial pada jam 11.15 pagi tadi.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 1.15 petang, 21 Jun lalu di kawasan Jalan Suadamai Bandar Tun Hussein Onn, Kajang.

“Bertindak atas maklumat yang diperolehi, wanita berusia 46 tahun iaitu ibu kepada kanak-kanak tersebut ditahan pada jam 4.50 petang tadi.

“Kenderaan yang digunakannya pada hari kejadian turut dirampas bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati wanita tersebut adalah seorang OKU fizikal iaitu buta sebelah mata.

Katanya, anak perempuannya berusia lapan tahun yang tular dalam video tersebut juga seorang OKU.

“Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan tersebut boleh membahayakan nyawa dan keselamatan diri orang lain.

“Kami menasihatkan ibu bapa dan masyarakat tidak melakukan perkara yang boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak serta pengguna jalan raya yang lain dan lebih berhemah di jalan raya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan Inspektor Afiq Rifdi Mohd Azmi di talian 011-29667474 dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, Selangor bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial @Sangeethadas_Familyalaparai memuat naik video memaparkan tindakan seorang wanita yang mengabaikan keselamatan anak perempuannya dengan membiarkan kanak-kanak itu duduk ‘bertenggek’ di tingkap penumpang hadapan ketika kereta sedang bergerak. – 28 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Kerjasama Bersatu-Umno ‘sudah terlalu lewat’: Ahli MKT Umno

'Jika dalam kalangan ahli Bersatu sendiri tidak 'bersatu' bagaimana mahu menyatukan orang Melayu,' soal Othman Desa

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her tahun of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Lapor MCMC jika gambar, video anak dijadikan kandungan tanpa kebenaran

Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diminta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekiranya rakaman gambar dan video anak-anak mereka dijadikan kandungan media sosial oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran.

Related