ASNB isytihar pengagihan pendapatan 5.25 sen seunit bagi ASB 3 Didik

Sehingga 25 Jun 2024, ASB 3 Didik merekodkan pendapatan bersih yang direalisasi sebanyak RM437.76 juta

11:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hari ini mengisytiharkan pengagihan pendapatan 5.25 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024.

PNB dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran pengagihan pendapatan yang berjumlah RM405.65 juta itu bakal memanfaatkan 325,026 pemegang unit yang kini memiliki 7.73 bilion unit. 

“Pengagihan pendapatan ASB 3 Didik mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12-Bulan Maybank pada 2.74% sebanyak 251 mata asas.

“Sehingga 25 Jun 2024, ASB 3 Didik merekodkan pendapatan bersih yang direalisasi sebanyak RM437.76 juta,” katanya. 

Menurut PNB, pendapatan dana itu diperoleh daripada keuntungan yang direalisasi, dividen serta pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa.

“Ekuiti kekal sebagai penyumbang terbesar, dengan ekuiti domestik menyumbang 11.8% daripada jumlah pulangan dan ekuiti antarabangsa menyumbang sebanyak 3.6%,” katanya. 

PNB berkata kejayaan dana itu menjana pendapatan dan mencapai prestasi teguh dipacu oleh prestasi pasaran ekuiti yang positif di pasaran utama, termasuk Malaysia dan lonjakan global dalam kecerdasan buatan (AI) generatif.

“Melalui penilaian yang konsisten terhadap metrik prestasi dan pengawasan risiko yang proaktif, dana itu secara konsisten memberikan pulangan yang menarik dan kompetitif kepada pelaburnya,” katanya. 

Pengiraan pengagihan pendapatan ASB 3 Didik adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi dana tersebut.

Pengagihan yang diisytiharkan akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Julai 2024.

Sementara itu, urus niaga ASB 3 Didik di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk platfom digital dan perbankan internet ditangguhkan buat sementara bermula 28 hingga 30 Jun 2024 bagi memudahkan proses pengiraan pengagihan pendapatan.

Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal myASNB (www.myasnb.com.my) atau melalui aplikasi mudah alih myASNB dan di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 1 Julai 2024. – 28 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related