PAS rakam takziah pemergian Syed Husin, ‘beliau teladan unggul, sentiasa dahulukan rakyat’

Allahyarham juga merupakan seorang patriot dan menjadi teladan unggul kerana sikapnya yang tidak mementingkan diri

3:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS menerima berita pemergian Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Syed Husin Ali awal pagi tadi dengan hati yang berat dan sedih.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ketika hayatnya Syed Husin sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan negara mengatasi segalanya.

Malah katanya, beliau juga merupakan seorang patriot dan menjadi teladan unggul kerana sikapnya yang tidak mementingkan diri.

“PAS percaya perasaan sama turut dikongsi oleh banyak pihak lain atas jasa, sumbangan dan perbadi mulia beliau sepanjang hayatnya baik sebagai ahli akademik, pemikir, aktivis sosial, ahli politik, penulis mahupun sebagai seorang kawan.

“PAS merakamkan ucapan takziah kepada kaum keluarga dan sanak saudara Almarhum atas pemergian ini. Semoga mereka menemui ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

“Semoga Allah SWT mengampuni, merahmati dan menerima Almarhum dalam kalangan hambaNya yang soleh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Syed Husin meninggal dunia di Hospital Selayang, awal pagi tadi pada usia 87 tahun.

Berita duka mengenai pemergian Allahyarham, dikongsi oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi akaun media sosialnya.

“Saya baru terima perkhabaran sedih yang Dr Syed Husin Ali, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Keadilan, telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi.

“Saya telah menziarah Allahyarham di Hospital Selayang pada Khamis lepas. Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada Hari Raya Haji kedua lalu,’’ katanya.

Jenazah Syed Husin disolatkan di Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya pagi tadi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara. – 29 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related