Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1719648949:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 236
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 212354
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:141:"Semakan semula itu merangkumi perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO), pemakaian pelitup muka dan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Covid-19
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Semakan semula SOP itu merangkumi tiga perkara iaitu perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO), pemakaian pelitup muka dan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 56
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753246451";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:15;i:1;i:4;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752962516";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753246451
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi Covid-19 dalam masa terdekat | Scoop

KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi Covid-19 dalam masa terdekat

Semakan semula itu merangkumi perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO), pemakaian pelitup muka dan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan

3:58 PM MYT

 

NILAI – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat berikutan negara telah beralih ke fasa hidup bersama pandemik itu.

Menterinya Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata ia merangkumi tiga perkara iaitu perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO), pemakaian pelitup muka dan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan.

Beliau berkata Kabinet telah bersetuju berhubung semakan SOP Covid-19 dan Ketua Pengarah Kesihatan dijangka mengumumkan perkara berkenaan pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

“Butiran (SOP) itu adalah teknikal. Sebagai contoh, dahulu HSO lima hari berada di rumah (positif Covid-19) dan perlu kemas kini gejala dalam MySejahtera. Apabila semakan semula (SOP) nanti, ia mungkin berubah. Kita tunggu perincian daripada ketua pengarah nanti.

“Dengan cara itu, ia adalah satu era bermulanya kita menganggap Covid-19 seperti virus lain. Dulu kita beranjak dari transisi pandemik ke endemik. Sekarang kita mahu keluar daripada transisi endemik kepada hidup dengan virus,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Pemakanan Malaysia Peringkat Kementerian Kesihatan 2024 bertemakan ‘Ubah Minda, Cegah Penyakit Berkaitan Pemakanan’ di sini hari ini.

Dzulkefly sebelum ini dilaporkan berkata KKM memutuskan rakyat Malaysia kini dalam fasa hidup bersama virus Covid-19 dan ke arah meneruskan kehidupan seperti biasa.

Mengenai program hari ini, beliau berkata ia bertujuan mengubah minda dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan mengamalkan pemakanan sihat bagi mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) berkaitan pemakanan.

Beliau berkata ini kerana prevalen semasa NCD di negara ini sangat membimbangkan dengan hasil tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan prevalen obesiti dan berat badan berlebihan meningkat kepada 54.5 peratus tahun lepas berbanding 50.1 peratus pada 2019.

“Secara konsisten untuk sedekad lepas, bagi setiap dua rakyat Malaysia dewasa, seorang mengalami berat badan berlebihan manakala satu daripada enam rakyat dewasa menghidap diabetes menunjukkan lebih separuh dewasa terdedah kepada risiko mendapat NCD akibat obesiti tidak terkawal,” katanya.

Dzulkefly berkata KKM juga merangka Pelan Strategik Mengurangkan Gula Dalam Kalangan Rakyat Malaysia (2024-2030) bagi memastikan aktiviti yang lebih agresif dan bersasar dapat dilaksanakan secara bersepadu di pelbagai peringkat.

“Ia bagi menangani pengambilan gula secara berlebihan melalui perancangan inisiatif Perang Terhadap Gula yang akan dilancarkan dalam waktu terdekat,” katanya.

Justeru, beliau menyeru wakil rakyat untuk bersama-sama menjadikan Perang Terhadap Gula itu sebagai antara aktiviti atau program yang perlu dijalankan di kawasan masing-masing selari dengan pendekatan seluruh negara. – 29 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Women Ministry plans to set up e-filing system for lodging sexual harassment reports

The Women, Family and Community Development Ministry intends to develop an e-filing system to enable more victims of sexual harassment outside Putrajaya to lodge complaints with the Anti-Sexual Harassment Tribunal

Kelantan to make halal certification mandatory for all F&B businesses

The new mandatory condition is being implemented by the Kota Bharu council first

‘More imports in M-League teams scuppers local players’ chances of playing for Malaysia’

The decision of the Malaysian Football League (MFL) to allow teams to start a match with six imported players for the 2024-2025 M-League season is seen to be detrimental to local players.

Related