Kemasukan matrikulasi: Patut risau lebih 280,000 tercicir SPM, bukan bimbang pengumuman PM

Itu tidak termasuk 10,160 tidak hadir SPM walaupun berdaftar dan lebih 30,000 secara purata setahun yang tidak mendaftar untuk mengambil peperiksaan

2:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua pihak di negara ini tidak seharusnya bimbang dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 10A layak ke matrikulasi, memandangkan ia dilaksanakan sejak dulu.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebaliknya apa patut dibimbangi adalah situasi lebih 280,000 lepasan sekolah yang gagal dalam SPM atau lulus tanpa kredit.

Katanya, ia kerana mereka adalah golongan tercicir dan tidak layak masuk ke program matrikulasi.

“Ramai risau apabila Perdana Menteri umum semua lepasan SPM dengan 10A layak masuk matrikulasi tanpa kira kaum, sedangkan beliau hanya memberikan jaminan yang sememangnya dilaksanakan sejak dulu, bahkan kuota Bumiputera untuk masuk ke pusat matrikulasi kekal terjamin.

“Yang patut dirisaukan adalah lebih 280,000 yang gagal SPM atau hanya lulus tanpa kredit. Mereka ini yang tercicir dan tidak layak masuk matrikulasi.

“Itu tidak termasuk 10,160 tidak hadir SPM walaupun berdaftar dan lebih 30,000 secara purata setahun yang tidak mendaftar untuk mengambil peperiksaan ini,” katanya menerusi kenyataan.

Bagaimanapun, Asyraf Wajdi berkata, golongan tidak berjaya memasuki matrikulasi itu boleh melanjutkan pelajaran ke institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Sebab itulah Dasar TVET Negara diwujudkan dengan Majlis TVET Negara yang dipengerusikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Majlis ini diwujudkan untuk menyelaras 1,345 institusi TVET di bawah 12 kementerian yang menawarkan lebih 4,000 peluang pelbagai bidang kemahiran, dengan peluang penempatan untuk lebih 250,000,” katanya.

Mereka yang tidak berjaya memasuki matrikulasi atau institut pengajian tinggi boleh melanjutkan pelajaran ke institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang turut menjanjikan peluang pekerjaan cerah. – Azim Rahman/Scoop, 1 Julai, 2024

Beliau berkata, Mara sendiri mempunyai institusi TVET terbanyak, iaitu 270 institusi yang terdiri daripada GiatMARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) hingga Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

“Hari ini negara mengiktiraf TVET sebagai aliran pendidikan perdana dan tidak lagi memerlukan SPM sahaja sebagai syarat minima untuk bekerja.

“Malah, dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, pelajar boleh sambung ke peringkat diploma, manakala SKM Tahap 5 boleh terus sambung ijazah sarjana muda tanpa perlu mengambil SPM,” katanya.

Semalam, Anwar mengumumkan semua lepasan SPM yang memperoleh keputusan 10A ke atas akan ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi tanpa mengira kaum dan wilayah, bermula tahun ini.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat Jumaat lalu.

Malah, katanya, perincian mengenai keputusan kerajaan itu yang diumumkan dalam usaha mengiktiraf kecemerlangan pelajar dan memberi keadilan kepada sistem pendidikan negara, bakal dimaklumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Namun, pengumuman Anwar itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan segelintir masyarakat, berhubung kuota Bumiputera untuk matrikulasi.

Ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini pula, Anwar berkata, kerajaan memutuskan tawaran itu kerana mahu mengurangkan ketegangan dalam sistem pendidikan.

Ujarnya, dasar kuota Bumiputera yang ditetapkan untuk kemasukan ke matrikulasi, kadangkala dijadikan isu yang agak keterlaluan. – 1 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related