Dia gila talak: Zahid tempelak Annuar Musa

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan ucapannya berkaitan projek itu bukan satu saranan atau janji sebaliknya hanya cadangan

4:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menemplak Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa sebagai gila talak apabila membidasnya berhubung dua projek di Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Beliau yang juga Presiden Umno menjelaskan ucapannya berkaitan projek itu bukan satu saranan atau janji sebaliknya hanya cadangan.

“Saya ingat dia (Annuar Musa) gila talak.

“Ini bukan satu saranan. Bukannya janji tetapi kalau diteliti ucapan saya malam tadi mencadangkan supaya sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang telah dibatalkan (penubuhannya) dihidupkan semula kerana peruntukan sudah ada ketika itu tetapi disalurkan ke tempat lain.

“Munasabah untuk penduduk Nibong Tebal khususnya Sungai Bakap yang terdiri daripada anak-anak India untuk pendidikan di SJKT itu.

“Keduanya, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Semua daerah telah ada tapi daerah Seberang Perai Selatan (SPS), khususnya Sungai Bakap perlu diwujudkan.

“Saya diberitahu peruntukan sudah ada dan saya mencadangkan supaya peruntukan ini digunakan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Hari Anugerah Pendidik Mara, hari ini.

Tan Sri Annuar Musa Annuar menyifatkan kenyataan Zahid itu sebagai bersifat ugutan kepada pengundi – Azim Rahman/Scoop, 4 Julai, 2024

Malam tadi, Zahid dilaporkan berkata, pihaknya akan membantu calon Pakatan Harapan (PH), Joohari Ariffin jika menjadi wakil rakyat di Sungai Bakap, termasuk dalam membina PAWE dan SJKT.

Susulan itu, Annuar menyifatkan kenyataan Zahid itu sebagai bersifat ugutan kepada pengundi.

Beliau berkata, kenyataan Zahid dilihat menghina pengundi DUN Sungai Bakap yang mana seolah-olah tidak akan diberi projek tertentu jika PH kalah di PRK berkenaan.

Dalam pada itu itu, mengulas mengenai calon bagi kerusi Dun Nenggiri, Ahmad Zahid berkata, pihaknya sudah berunding dengan Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

“Prosedur di Gua Musang walaupun senarai pendek telah sampai pada saya tetapi tradisi Umno Gua Musang adalah membawa nama itu ke mesyuarat dalaman dan akan diadakan pengundian dalaman dalam kalangan jawatankuasa bahagian untuk memilih calon yang mempunyai elemen ‘WALI’ iaitu boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable).

“Calon itu juga adalah anak tempatan,” katanya yang turut memaklumkan perkara itu akan dimuktamadkan sebelum penamaan calon dijalankan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan manakala tarikh penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos ini. – 4 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

What unfulfilled Bumiputera rights are you talking about, Kepong MP asks Muhyiddin

Lim Lip Eng slams Muhyiddin’s proposal for a Malay-Bumiputera 'umbrella body,' calling it unnecessary and vague

Related