Polis diberi kuasa sita wang dalam akaun keldai melalui pindaan 2 akta

Pengenalan peruntukan undang-undang khusus yang lebih efektif akan membantu agensi penguatkuasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan

4:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis akan diberi kuasa untuk mengarahkan penyitaan wang di dalam akaun bank yang disyaki terlibat dengan aktiviti jenayah dan perkara berkaitan ‘akaun keldai’ (mule account).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tindakan itu dilaksanakan selepas peruntukan baharu diperkenalkan di bawah cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024.

Menurutnya, dalam hubungan ini, pengenalan peruntukan undang-undang khusus yang lebih efektif akan membantu agensi penguatkuasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan.

“Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan dasar dan cadangan RUU untuk meminda Kanun Keseksaan [Akta 574] dan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] berhubung dengan kesalahan-kesalahan jenayah dalam talian berkaitan akaun keldai dan prosedur berkaitan untuk dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini.

“Cadangan RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 ini melibatkan pengenalan peruntukan khusus berkaitan dengan penggunaan akaun keldai. Cadangan pindaan ini antara lain, akan memperuntukkan kesalahan sekiranya mana-mana orang tanpa kuasa ataupun tujuan yang sah didapati memiliki instrumen pembayaran orang lain.

“Malah ia memperuntukkan juga kesalahan sekiranya mana-mana orang tanpa kuasa ataupun tujuan yang sah membenarkan instrumen pembayarannya digunakan oleh orang lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, cadangan pindaan kepada Kanun Keseksaan [Akta 574] diperlukan hari ini bagi memastikan ia selari dengan kepantasan perkembangan dan kecanggihan teknologi yang sering digunakan dan disalahguna oleh penjenayah.

“Kerajaan Madani berharap bahawa usaha ini dapat sokongan semua Ahli Parlimen kedua-dua pihak bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat negara ini adalah terjamin,” katanya.

Semasa sidang Parlimen semalam, Azlina turut memaklumkan antara kekangan dihadapi ketika ini adalah ketiadaan peruntukan khusus yang boleh digunakan pihak polis untuk menyekat pergerakan wang mangsa penipuan.

Katanya, perundangan sedia ada juga tidak memperuntukkan apa-apa kesalahan bagi tindakan pemilik akaun yang membenarkan akaun milik mereka digunakan orang lain bagi tujuan penipuan.

Tambahnya, lebih menyukarkan siasatan polis, pemilik akaun tidak mengenali pihak ketiga yang menggunakan akaun mereka sebagai medium transit wang mangsa. – 5 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Leaked gas vapours easily ignited, leading to massive explosion in Putra Heights: fire expert

KUALA LUMPUR – The gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, today is believed to have been caused by a “boiling liquid expanding vapour explosion” (BLEVE), according to a retired senior...

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related