Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1720226466:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 169
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 213978
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:188:"Bagi dua calon bertanding, hanya Abidin Ismail akan mengundi hari ini di SK Sungai Duri, manakala Joohari Ariffin pula pengundi DUN Sungai Acheh, salah satu DUN dalam Parlimen Nibong Tebal";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => PRK Sungai Bakap
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Seramai 39,151 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749767182";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:2;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749767182
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

)
PRK Sg Bakap: 39,151 pengundi tentukan pemenang pertembungan PH, PN hari ini | Scoop

PRK Sg Bakap: 39,151 pengundi tentukan pemenang pertembungan PH, PN hari ini

Bagi dua calon bertanding, hanya Abidin Ismail akan mengundi hari ini di SK Sungai Duri, manakala Joohari Ariffin pula pengundi DUN Sungai Acheh, salah satu DUN dalam Parlimen Nibong Tebal

8:40 AM MYT

 

NIBONG TEBAL – Seramai 39,151 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini.

Sebanyak sembilan pusat mengundi melibatkan 65 saluran dibuka mulai 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini.

Secara keseluruhan 39,279 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 57 anggota polis.

Bagaimanapun, PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan tiada pusat mengundi awal dibuka walaupun tarikhnya ditetapkan pada 2 Julai lepas selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 128 kertas undi kepada yang berhak mengundi secara pos.

Nasib calon Pakatan Harapan, Joohari Ariffin (kanan) dan calon Perikatan Nasional, Abidin Ismail akan ditentukan oleh 39,151 pengundi dalam PRK Sungai Bakap, Pulau Pinang hari ini. – Gambar Bernama, 6 Julai, 2024

PRK berkenaan yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH), Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail diadakan berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Bagi dua calon bertanding itu, hanya Abidin yang akan mengundi hari ini di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri memandangkan Joohari merupakan pengundi di DUN Sungai Acheh, salah satu DUN dalam Parlimen Nibong Tebal selain Sungai Bakap.

Kerusi DUN Sungai Bakap dimenangi Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal pada Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang Ogos tahun lepas selepas menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Ini adalah PRK kelapan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 dengan yang pertama diadakan ialah PRK Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu) disusuli PRK DUN Simpang Jeram dan PRK Parlimen Pulai (Johor), PRK DUN Pelangai (Pahang); PRK DUN Jepak (Sarawak), PRK Parlimen Kemaman (Terengganu) dan PRK DUN Kuala Kubu Baharu (Selangor). – 6 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Related