Penyasaran subsidi diesel, kepengerusian Asean antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Turut tersenarai dalam aturan mesyuarat hari ini ialah bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024

8:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyasaran subsidi diesel dan kepengerusian Asean antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan melalui laman rasmi Parlimen, soalan berkaitan mekanisme pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi dibangkitkan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada sesi soal jawab.

Hamzah ingin tahu jaminan kerajaan bahawa penyasaran subsidi itu tidak memberi kesan kepada rantaian ekonomi secara keseluruhan yang boleh mendorong melonjakkan lagi harga barang dengan kesannya kepada rakyat terbanyak terutama golongan M40 dan B40.

Dalam sesi sama, soalan mengenai persediaan Malaysia menjadi Pengerusi Asean pada tahun depan dan perkara utama yang ingin dicapai dalam tempoh kepengerusian itu diajukan Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) kepada Menteri Luar. 

Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) pula meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan statistik kes penipuan umrah dan haji dari 2019 hingga tahun ini serta tindakan yang dikenakan kepada agensi pengendali umrah yang menipu jemaah.

Selain itu, pertanyaan mengenai peranan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam membantu negara bagi soal keselamatan dan keterjaminan makanan, khususnya dari sudut aplikasi teknologi dan inovasi dikemukakan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya).

Zahari Kechik (PN-Jeli) memohon Menteri Pertahanan menjawab soalan berhubung status terkini pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Usai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan menyambung perbahasan bagi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024.

Turut tersenarai dalam aturan mesyuarat hari ini ialah bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024.

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini. – 10 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related