Kes kanak-kanak termakan keropok beracun: Lelaki direman 6 hari

Perintah reman dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Kulim Mirza Mohamad bagi siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan

11:54 AM MYT

 

KULIM – Seorang lelaki direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes dua kanak-kanak termakan makanan ringan mengandungi racun tikus dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini, Ahad lepas.

Perintah reman dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Kulim Mirza Mohamad bagi siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

Terdahulu lelaki yang berpakaian lokap itu dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Kulim kira-kira pukul 8 pagi.

Media sebelum ini melaporkan dua kanak-kanak, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, kritikal selepas termakan makanan ringan disyaki mengandungi racun di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini Ahad lepas.

Kedua-dua kanak-kanak itu dipercayai mengambil peket makanan ringan yang digantung di dawai besi pagar kebun oleh pemilik kebun berkenaan bagi memerangkap monyet.

Kejadian itu disedari ibu kanak-kanak berkenaan pada pukul 11 pagi selepas melihat kedua-dua anaknya muntah, dan mereka kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Malau sebelum dihantar ke Hospital Kulim dan seterusnya ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Muhammad Akil Syauqi bagaimanapun meninggal dunia pada pukul 8.40 pagi semalam manakala adiknya masih dirawat di HPP dan dilaporkan masih belum sedar. – 11 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related