Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1720688729:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 164
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 215272
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:213:"Katanya, pada 3 November tahun lalu, beliau menulis surat kepada Lembaga Disiplin untuk menjelaskan sokongan diberikan kepada Perdana Menteri kerana kegagalan parti menyediakan dana untuk membantu rakyat di Labuan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Suhaili Abdul Rahman
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman memfailkan saman terhadap Bersatu dengan menuntut perisytiharan pemecatannya
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 54
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748388198";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:2;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748114520";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748388198
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Ahli Parlimen Labuan saman Bersatu, mohon isytihar pemecatan tak sah | Scoop

Ahli Parlimen Labuan saman Bersatu, mohon isytihar pemecatan tak sah

Katanya, pada 3 November tahun lalu, beliau menulis surat kepada Lembaga Disiplin untuk menjelaskan sokongan diberikan kepada Perdana Menteri kerana kegagalan parti menyediakan dana untuk membantu rakyat di Labuan

4:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman memfailkan saman terhadap Bersatu dengan menuntut perisytiharan pemecatannya daripada parti itu adalah tidak sah dan menyalahi undang-undang.

Melalui saman difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 Julai lalu melalui firma guaman Firoz Julian, Suhaili menamakan Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya sebagai defendan iaitu pegawai awam Bersatu seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.

Menerusi penyataan tuntutan itu, Suhaili berkata, pada atau sekitar 2 November 2023, Lembaga Disiplin Bersatu mengemukakan surat yang memaklumkan pertuduhan dibuat terhadapnya atas pelanggaran terhadap Artikel 22.1 (f) perlembagaan

Beliau berkata, surat itu menyatakan satu laporan dibuat berhubung kenyataan akhbarnya yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, pada 3 November tahun lalu, beliau menulis surat kepada Lembaga Disiplin untuk menjelaskan kenyataan itu dibuat kerana kegagalan parti menyediakan dana untuk membantu rakyat di Labuan.

“Walaupun memberikan penjelasan yang sah dan munasabah, Lembaga Disiplin secara salah di sisi undang-undang dan tidak rasional memutuskan untuk menggantung keahliannya bagi tempoh enam tahun pada 7 November tahun lalu,” katanya.

Suhaili berkata, susulan dari penggantungan itu, beliau menyaman Bersatu melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 19 Disember tahun lalu, bagaimanapun kes itu dibatalkan atas alasan bidang kuasa wilayah mahkamah.

“Pada 2 Mac lalu, Bersatu mengadakan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), di mana pindaan kepada perlembagaan telah diluluskan. Mengikut pemahaman saya, pindaan itu menambah 3 sub-klausa kepada perlembagaan.

“Pada 17 Mei lalu, saya menerima satu surat daripada Setiausaha Agung yang menyatakan bahawa saya telah dipecat secara automatik oleh parti atas alasan memfailkan saman, berdasarkan Artikel 10.2.6.

“Susulan daripada pemecatan saya, Setiausaha Agung turut menyatakan bahawa saya bukan lagi seorang ahli parti dan oleh itu, kerusi parlimen saya hendaklah dikosongkan,” katanya.

Berdasarkan kepada pemecatannya, beliau memohon perisytiharan antaranya, di bawah Seksyen 41 Akta Relief Spesifik 1950 bahawa pemecatannya yang salah di sisi undang-undang, adalah tidak sah dan bertentangan Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Seksyen 124B menyatakan, barang siapa, dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun.

Beliau turut memohon perisytiharan di bawah Seksyen 41 Akta Relief Spesifik 1950 bahawa Artikel 10.2.6 Perlembagaan Bersatu adalah bercanggah dan bertentangan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan (perlindungan sama rata di sisi undang-undang).

Turut dipohon, satu perisytiharan bahawa beliau berhak di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan untuk mencabar pemecatan keahliannya dalam Bersatu.

Berhubung penggantungannya pula, Suhaili memohon perisytiharan di bawah Seksyen 41 Akta Relief Spesifik 1950, bahawa penggantungan itu yang salah di sisi undang-undang kerana menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, adalah perbuatan bertentangan dengan Seksyen 124B Kanun Keseksaan. – 11 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Umur persaraan hakim syarie dicadang dinaikkan kepada 66 tahun

Umur persaraan Hakim Mahkamah Syariah di negara ini, dicadang dilanjutkan daripada 60 tahun kepada 66 tahun ketika ini.

Pembangkang patut semak imbang Kerajaan Perpaduan secara munasabah, ‘laksana tanggungjawab moral anda’: Najwan

Pembangkang dicabar memainkan peranan mereka sebaik mungkin untuk melakukan ‘semak dan imbang’ dengan munasabah dalam situasi kestabilan pentadbiran ditunjukkan Kerajaan Perpaduan ketika ini

Trailer filem pelakon Tamil Vijay raih 1 juta tanda suka dalam 21 minit di YouTube

Dalam satu pencapaian yang luar biasa, trailer filem terbaharu pelakon Tamil Vijay bertajuk Leo telah memecahkan rekod dengan menjadi trailer filem India yang paling pantas mendapat sejuta tanda suka di YouTube

Related