Ibu bapa Zayn Rayyan sedih tak dapat berhubung dengan anak bongsu

Pertemuan terakhir tiga beranak itu adalah di Shah Alam pada Hari Raya Aidiladha, 17 Jun lalu, dan sejak itu permintaan untuk bercakap, membuat panggilan video, malah meminta gambar anak mereka tidak dilayan

2:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ibu dan bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin hanya berpeluang bertemu sekali dengan anak bongsu mereka yang kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor sejak 14 Jun lalu.

Peguam yang mewakili bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abd Moin ketika dihubungi Scoop berkata, pertemuan berkenaan diadakan di sebuah lokasi di Shah Alam pada Hari Raya Aidiladha, 17 Jun lalu.

Sejak itu, katanya mereka tidak dapat berhubung dengan kanak-kanak berkenaan selepas permintaan untuk bercakap dan membuat panggilan video tidak dilayan JKM.

Sepatutnya, kata Fahmi, berdasarkan terma ‘bersalah sehingga dibuktikan’ JKM perlu memberi kelonggaran kepada Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari untuk berhubung dengan anak mereka.

“Hanya sekali mereka dibenarkan bertemu. Sejak itu, mereka langsung tidak dapat berhubung dengan pegawai pelindung di JKM untuk bercakap dengan kanak-kanak tersebut dan permintaan untuk mendapatkan gambar pun tidak dilayan.

“Bagi saya ia tidak sepatutnya berlaku, ini semua adalah budi bicara. Sepatutnya mereka dibenarkan berhubung, ia bukan salah pun.

“Sebagai ibu, sudah pastilah Ismanira berasa sedih apabila tidak dapat berhubung langsung dengan anak mereka,’’ katanya.

Peguam Fahmi Abd Moin berkata, berdasarkan terma ‘bersalah sehingga dibuktikan’ JKM perlu memberi kelonggaran kepada Ismanira dan Zaim untuk berhubung dengan anak mereka. – Azim Rahman/Scoop, 11 Jun, 2024

Pada 14 Jun lalu, JKM Selangor mendapat perintah Jagaan Sementara selama dua bulan ke atas adik kepada Zayn Rayyan daripada Mahkamah Majistret Shah Alam di bawah Seksyen 18 dan 19 Akta Kanak-Kanak.

Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, tempoh berkenaan ditetapkan selama dua bulan sementara penyediaan laporan siasatan Orang Yang Layak dan Sesuai lengkap.

Pada 13 Jun lalu, ibu bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mengikut pertuduhan, Zaim dan Ismanira masing-masing berusia 29 tahun, didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai, Selangor pada 12 tengah hari, 5 Disember sehingga 9.55 malam, 6 Disember tahun lalu. – 12 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related