Waspada jerat penipuan bertopengkan ibadah

Antara kegiatan kegiatan penipuan yang dikenal pasti membabitkan pengurusan ibadah adalah tawaran pakej ibadah haji dan umrah, badal haji dan umrah serta kutipan derma, sedekah atau wakaf

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sikap pemurah umat Islam membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan melakukan pelbagai penipuan dan penyelewengan terhadap dana kutipan derma dan sumbangan orang ramai.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menerusi khutbah Jumaat bertajuk Waspada Penipuan Pengurusan Ibadah memaklumkan, terdapat sumbangan diperkenalkan menggunakan nama badan amal, program kebajikan, rumah anak yatim, pembinaan masjid dan surau yang tidak diketahui kesahihan kewujudannya.

Susulan itu, JAIPk menasihatkan umat Islam di negara ini agar sentiasa berwaspada dengan jerat penipuan bertopengkan ibadah mahupun kerja-kerja amal dan kebajikan yang semakin berleluasa ketika ini.

Menurutnya, antara kegiatan kegiatan penipuan yang dikenal pasti membabitkan pengurusan ibadah adalah tawaran pakej ibadah haji dan umrah, badal haji dan umrah serta kutipan derma, sedekah atau wakaf.

“Perbuatan menipu yang dilakukan dengan pelbagai helah untuk mengaut keuntungan merupakan perbuatan tercela.

“Penipuan yang dilakukan dengan pelbagai muslihat hingga ke peringkat sanggup mengambil harta orang lain secara batil, mengakibatkan orang lain menanggung kesusahan, bukan sekadar perbuatan berdosa bahkan perbuatan zalim,” katanya.

Menurut khutbah itu lagi, kes penipuan pakej haji dan umrah meningkat tiga kali ganda dengan 518 kes difailkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) bagi tempoh sehingga Ogos 2023 membabitkan kerugian sebanyak RM9 juta.

Katanya, mereka yang ingin melakukan badal haji mahupun umrah untuk ahli keluarga yang meninggal dunia atau mengalami keuzuran, dinasihatkan berwaspada ketika memilih dan melantik pihak yang akan melaksanakannya.

“Dibimbangkan badal haji atau umrah tidak dilaksanakan dengan sempurna atau pihak yang diamanahkan, sekadar mengambil duit (upah) tanpa melaksanakan badal haji ataupun umrah tersebut.

“Turut dilakukan ialah perbuatan mempromosi tokoh terkenal Islam berpengaruh, secara salah, malah tanpa pengetahuan dan izin tuan badan, sebagai muslihat mahu meraih perhatian orang ramai untuk tujuan mengumpul dana.

“Kemudian dana yang dikutip tidak diurus secara telus. Perbuatan sedemikian merupakan perbuatan tidak bermoral dan sangat berdosa,” katanya.

Tegasnya, menyedari kegiatan penipuan tersebut yang semakin meruncing, JAIPk memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung kegiatan memungut derma di negeri itu.

“Bagi melindungi orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan, setiap kegiatan memungut derma disyaratkan untuk memperoleh kebenaran daripada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak terlebih dahulu.

“Setiap ummah juga hendaklah teliti ketika melakukan pelbagai urusan hidup, menyemak dan menyiasat apa juga tawaran, iklan, permintaan dan rayuan dilakukan secara bercetak atau media sosial dan mana-mana badan, pertubuhan atau orang perseorangan,” katanya. – 12 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related