Kerajaan salur RM100 juta kepada Felda tampung kos operasi ladang: Anwar

Ujar Perdana Menteri, kerajaan turut berbesar hati meluluskan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda bagi SejaTi Madani

1:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan subsidi tambahan RM100 juta kepada Felda bagi menampung kos operasi ladang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, peruntukan itu disalurkan susulan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.

Katanya, langkah terbabit diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Felda tidak terkesan.

“Kerajaan sudah melaksanakan penyasaran subsidi diesel, di mana harga runcit diesel ditetapkan tanpa subsidi bagi menangani penyeludupan dan ketirisan diesel bersubsidi.

“Pada masa sama, kerajaan sudah menyediakan bantuan kepada golongan sasar yang memerlukan, termasuk pekebun kecil.

“Dengan mengambil kira implikasi kewangan tambahan Felda sebanyak RM121.6 juta setahun akibat kenaikan harga diesel, kerajaan akan menyediakan peruntukan subsidi tambahan sekitar RM100 juta kepada Felda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang di Serdang, hari ini.

Anwar berkata, kerajaan turut meluluskan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda, bagi Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani).

Menurutnya, inisiatif berkenaan diharap akan memberi impak positif kepada komuniti Felda.

“SejaTi Madani merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti.

“Komuniti diberi kebebasan bermusyawarah untuk memutuskan sektor tumpuan seperti pertanian dan makanan, jahitan dan kraftangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula,” katanya.

SejaTi Madani diperkenalkan Kerajaan Perpaduan sebagai inisiatif memperkasa aktiviti ekonomi komuniti, dengan membuka peluang pekerjaan baharu serta meningkatkan pendapatan setempat.

Malah, program itu disasarkan untuk mengangkat martabat ekonomi komuniti supaya dapat menghasilkan pendapatan lebih bermakna. – 14 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Leaked gas vapours easily ignited, leading to massive explosion in Putra Heights: fire expert

KUALA LUMPUR – The gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, today is believed to have been caused by a “boiling liquid expanding vapour explosion” (BLEVE), according to a retired senior...

I’m not a man of politics, just born into a high-profile family: Mirzan Mahathir 

The 65-year-old businessman sees each accusation not as a threat, but as a challenge – an opportunity to fortify his character and forge his legacy. 

Related