Bekas PM Singapura hadir istiadat pertabalan Agong Sabtu ini

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, selain itu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Bahrain, Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa turut berkenan untuk berangkat ke istiadat pertabalan itu

7:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong antara tetamu kehormat utama yang mengesahkan akan menghadiri istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim pada Sabtu ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, selain itu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Bahrain, Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa turut berkenan untuk berangkat ke istiadat pertabalan itu.

Menurutnya, kesemua mereka dijangka tiba di ibu negara pada 19 Julai ini.

“Mereka akan menghadiri istiadat pertabalan yang berlangsung di Istana Negara, kemudian disusuli majlis santapan diraja pada sebelah malam 20 Julai ini.

“Kesemua mereka dijangka berangkat pulang ke negara masing-masing pada 21 Julai,” katanya pada sesi taklimat media sempena istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, hari ini.

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, acara-acara bersempena istiadat pertabalan itu akan bermula pada 18 Julai ini dengan majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara.

Katanya, ia akan disusuli Khutbah Jumaat khas yang memberikan penjelasan serta peringatan kepada umat Islam mengenai kepentingan Institusi Raja Berperlembagaan pada 19 Julai.

“Masjid di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri yang tiada Raja atau Sultan akan menggunakan teks khutbah berkenaan, manakala negeri lain tertakluk pada perkenan Raja atau Sultan masing-masing.

“Pada malam 20 Julai, akan berlangsung Majlis Santapan Diraja di Istana Negara,” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dijadual berangkat ke Hospital Orang Asli Gombak pada 23 Julai, sementara Pameran Raja Kita di Muzium Negara diadakan pada 25 Julai.

Katanya, acara-acara bersempena istiadat pertabalan itu akan diakhiri dengan Jamuan Teh Diraja di Istana Negara pada 27 Julai ini.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu. – 15 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related