Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1721179176:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 216855
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:252:"Draf laporan akhir insiden itu sudah siap dan dikeluarkan pada 14 Jun lalu sebelum dihantar untuk semakan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS, CAAM, Adrep ICAO, KAPB selaku pemilik pesawat dan Jet Valet sebagai operator pengendali pesawat.
";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => nahas elmina
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Laporan akhir nahas pesawat Beechcraft Premier 1 terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Bandar Elmina, Shah
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 142
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748422973";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748084233";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:1;i:1;i:10;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748422973
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Laporan akhir nahas pesawat di Elmina dikeluarkan 16 Ogos ini: Anthony Loke | Scoop

Laporan akhir nahas pesawat di Elmina dikeluarkan 16 Ogos ini: Anthony Loke

Draf laporan akhir insiden itu sudah siap dan dikeluarkan pada 14 Jun lalu sebelum dihantar untuk semakan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS, CAAM, Adrep ICAO, KAPB selaku pemilik pesawat dan Jet Valet sebagai operator pengendali pesawat.

9:19 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laporan akhir nahas pesawat Beechcraft Premier 1 terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos tahun lalu, akan dikeluarkan selewat-lewatnya 16 Ogos ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, draf laporan akhir berhubung insiden itu sudah siap dan dikeluarkan pada 14 Jun lalu.

“Draf laporan akhir tersebut telah dihantar untuk semakan atau komen kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat (AS), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Adrep ICAO, Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) pemilik pesawat dan Jet Valet Sdn Bhd sebagai operator pengendali pesawat.

“Laporan Akhir akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 16 Ogos 2024 selepas 60 hari Draf Laporan Akhir diterima iaitu selepas semakan atau komen NTSB AS, CAAM, Adrep ICAO, KAPB dan Jet Valet Sdn Bhd,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) yang ingin mengetahui perkembangan terkini hasil siasatan berhubung nahas pesawat tersebut.

Nahas itu mengorbankan 10 mangsa termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun, 53.

Turut berada dalam pesawat itu ialah juruterbang Shahrul Kamal Roslan, 41, dan pembantu juruterbang Heikal Aras Abdul Azim, 45, serta lima penumpang iaitu Muhammad Taufik Mohd Zaki, 37, Khairil Azwan Jamaludin, 43, Shaharul Amir Omar, 49, Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi, 35, dan Idris Abdul Talib @ Ramali, 41.

Draf laporan akhir berhubung insiden itu sudah siap dan dikeluarkan pada 14 Jun lalu. – Gambar fail Scoop, 17 Julai, 2024

Terdahulu, Laporan Awal Nahas Kemalangan Udara Elmina yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada 15 September lalu menolak faktor enjin dan keadaan pesawat sebagai punca nahas membabitkan pesawat Hawker Beechcraft 390 Premier 1 pada 17 Ogos lalu.

Menurut laporan awal itu, tiada objek asing, bulu burung atau mana-mana bahan ditemui dalam komponen enjin kiri dan kanan pesawat Beechcraft 390 Premier 1.

Laporan awal nahas itu menyebut, enjin sebelah kanan pesawat itu terpecah kepada tiga segmen yang berbeza iaitu kipas; pemasangan sarung kipas dengan bilah Tekanan Perantaraan (IP) dan Alat Pemampat Tekanan Tinggi dan Bahagian Panas.

Siasatan juga mendapati alat penghidup, Unit Hidromekanikal (HMU) dan kotak gear semuanya sudah tercabut.

Bagaimanapun, Injap Tekanan Rendah (LP) masih kekal sebahagiannya pada kipas yang terpisah daripada enjin. Sisa-sisa pemutar masih ada di tempatnya manakala injap LP terpisah dan dilihat terpusing ke arah bertentangan daripada arah putaran asal.

Hasil siasatan juga mendapati juruterbang pesawat itu sudah menghubungi menara kawalan untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, pada jam 2.47 petang.

Pada jam 2.48 petang, kebenaran untuk mendarat di landasan 15 diberikan dan dalam beberapa saat, pesawat Beechcraft Premier 1 itu menerima maklum balas berkenaan.

Bagaimanapun, selepas itu tiada transmisi radio kedengaran dari pesawat itu sebelum nahas dilaporkan hingga mengorbankan 10 nyawa. – 17 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Asiad: CDM confident contingent can achieve target of 27 medals

The Malaysian contingent to the Asian Games is confident they can achieve the target of 27 medals, with eight hari of competition remaining before the closing ceremony on Oktober 8.

[LIVE] Nik Elin v Kelantan: justices void 16 out of 18 provisions, over 500 gathered outside

The justices rule that only two Sections out of 18 provisions contended are legal, which are Section 13 (selling or giving away a child to non-Muslim or morally reprehensible Muslim) and Section 30.

Haji Furada: Hajar Sazrul Travel & Tours diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan

Mereka terdiri daripada kumpulan 15 individu yang telah berlepas ke Jeddah selepas menerima e-visa namun terkandas di Lapangan Terbang King Abdul Aziz kerana visa terbabit adalah palsu manakala 10 lagi belum berlepas kerana tidak menerima e-visa walaupun sudah menjelaskan semua bayaran pakej haji dalam insiden pada 2019

Related