300 jemaah haji didakwa terkandas tidak tampil buat aduan di Motac, TH

Jemaah terbabit juga tidak membuat laporan polis terhadap agensi pengendali umrah yang memperdaya mereka

9:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (Motac) tidak menerima aduan daripada 300 jemaah haji yang didakwa terkandas di Makkah akibat terpedaya pakej haji murah ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, mangsa juga tidak tampil membuat aduan di Lembaga Tabung Haji (TH) atau membuat laporan polis terhadap agensi pengendali umrah yang terlibat.

Menurutnya, Ops Haji 2024 yang diteraju pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan disertai oleh Motac juga belum mengesan kesemua jemaah terbabit yang dikatakan gagal menunaikan ibadah haji ekoran menggunakan visa pelancong.

“Berita yang dikatakan 300 jemaah haji Malaysia yang gagal menunaikan ibadah haji ekoran menggunakan visa pelancong baru-baru ini dilaporkan di arus perdana dan media sosial.

“Bagaimanapun hanya sepasang suami isteri yang dikesan Motac dengan bantuan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah setelah anak mereka memohon bantuan kerajaan untuk membawa ibu bapa mereka pulang ke tanah air.

“Manakala jemaah haji lain tidak tampil untuk membuat aduan di Motac atau TH atau membuat laporan polis untuk memaklumkan agensi pengendali umrah terlibat,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, mangsa juga tidak tampil membuat aduan di Lembaga Tabung Haji atau membuat laporan polis terhadap agensi pengendali umrah yang terlibat. – Gambar Parlimen Malaysia, 17 Julai, 2024

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) yang ingin mengetahui tindakan susulan yang akan diambil bagi memastikan isu 300 jemaah haji yang terkandas di Makkah kerana menggunakan visa pelancong baru-baru ini tidak berulang lagi.

Mengulas lanjut, King Sing berkata, Motac sedang menjalankan siasatan dan sekiranya terbukti bersalah, lesen agensi pengendali umrah yang terlibat akan digantung atau dibatalkan.

“Urusan haji adalah di bawah bidang kuasa TH sepertimana yang termaktub di bawah Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535]. Seksyen 27, Akta Tabung Haji menyatakan Pengelola Jemaah Haji (PJH) perlu memegang lesen yang dikeluarkan oleh TH.

“Ia merupakan suatu kesalahan bagi mana-mana pihak yang tidak memegang lesen sah mengendalikan jemaah haji,” katanya.

Pada 11 Mei lalu, media melaporkan kira-kira 300 bakal jemaah haji yang sudah berada di Makkah dilaporkan terkandas apabila agensi yang menguruskan perjalanan mereka gagal menunaikan janji untuk mendapatkan kebenaran mengerjakan ibadah itu pada musim ini.

Bakal jemaah haji terbabit menyedari mereka diperdaya selepas mendapati pakej murah yang ditawarkan oleh agensi terbabit menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadah itu. – 17 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Leaked gas vapours easily ignited, leading to massive explosion in Putra Heights: fire expert

KUALA LUMPUR – The gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, today is believed to have been caused by a “boiling liquid expanding vapour explosion” (BLEVE), according to a retired senior...

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related