Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Machang digantung 6 bulan

Keputusan itu dibuat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul selepas perbahasan usul terbabit selesai

2:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat bermula hari ini.

Keputusan itu dibuat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul selepas perbahasan usul terbabit selesai.

Usul itu dicadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman Said.

Ia susulan dakwaan Wan Ahmad Fayhsal pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini, mengenai kewujudan surat layang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Johari berkata, keputusan itu dibuat susulan undi Ahli Parlimen yang bersetuju dengan usul itu adalah 110, berbanding 63 tidak bersetuju.

Dalam usulnya, Azalina berkata, Wan Ahmad Fayhsal membawa perhatian satu surat layang tidak dapat dikenal pasti identiti pengadu dan kesahihan maklumatnya.

“Perbuatan Yang Berhormat Machang merujuk kepada surat layang tersebut, memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa, tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas ini,” katanya.

Azalina berkata, Ahli Parlimen tidak boleh menyebut kelakuan atau sifat mana-mana pegawai kerajaan ketika perbahasan, selain menjalankan urusannya sebagai pegawai kerajaan.

Pada masa sama, usul itu mencadangkan, dakwaan Wan Ahmad Fayhsal seolah-olah menjatuhkan martabat pegawai agensi di bawah kementerian yang bertungkus-lumus membantu anggota pentadbiran membangunkan Malaysia.

Ujarnya, wakil rakyat itu juga mengeluarkan kenyataan dan dakwaan serius serta membangkitkan perasaan ‘melawan kuasa kerajaan’.

“Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat Machang hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa Pilihan selama enam bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan,” katanya.

Pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada 1 Julai lalu, Wan Ahmad Fayhsal menuntut penjelasan berhubung keputusan penjualan sebahagian saham MAHB, susulan beliau dikatakan menerima satu surat layang mendedahkan identiti dalang di sebalik keputusan berkenaan.

Sementara itu, difahamkan, Wan Ahmad Fayhsal akan mengadakan sidang media di Parlimen selepas usul penggantungan berkenaan dibacakan. – 18 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related