Unit Skuba teruskan operasi pencarian bukti kes Nur Farah Kartini di Sungai Trolak

Operasi pencarian itu dijangka amat mencabar kerana keadaan air di Sungai Trolak agak deras dan warnanya keruh akibat hujan awal pagi tadi

1:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasukan Unit Skuba Siasatan Forensik Bukit Aman meneruskan pencarian bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Sungai Trolak Kampung Batu di Tanjung Malim, hari ini.

Pasukan itu yang terdiri daripada lima anggota tiba di lokasi pada jam 11.15 pagi tadi dengan menaiki dua kenderaan pacuan empat roda.

Operasi pencarian itu dijangka amat mencabar kerana keadaan air di Sungai Trolak agak deras dan warnanya keruh akibat hujan awal pagi tadi.

Petugas media turut berkumpul di lokasi kejadian seawal jam 9 pagi tadi.

Semalam, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Ahmad Faizal Tahrim berkata, polis akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada lokasi kedua itu hari ini.

Kelmarin, media melaporkan beg tangan wanita dipercayai milik bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditemui ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan mengesahkan berhubung penemuan bahan bukti itu.

Terdahulu, operasi pencarian baki bahan bukti kes pembunuhan Farah diteruskan di sebuah lagi lokasi kira-kira 20 minit dari Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor.

Hussein berkata, operasi tersebut bagi mencari bahan bukti dipercayai barangan peribadi milik mangsa.

Pada hari yang sama, beliau turut mengesahkan pihaknya menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dibuang di dalam parit di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang.

Isnin lalu, mayat Farah ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga Isnin ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – 19 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Interfaith Council concerned over proposed guidelines on Muslim participation in non-Muslim events

It said the guidelines mooted by the government, could have implications for religious understanding, tolerance, and acceptance among all Malaysians

Related