Upacara Hormat Diraja dahului istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 

Upacara yang melibatkan cabang darat, laut dan udara itu merupakan lambang taat setia pasukan pertahanan negara kepada Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi ATM

10:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim yang penuh gilang-gemilang di Istana Negara hari ini dimulakan dengan upacara penuh tradisi ketenteraan Hormat Diraja daripada tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Upacara yang berlangsung di Dataran Istana Negara itu melibatkan cabang darat, laut dan udara, merupakan lambang taat setia pasukan pertahanan negara kepada Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi ATM.

Acara bermula tepat pukul 9.45 pagi dengan keberangkatan Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke Peterana Diraja, diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebaik tiba di Peterana Diraja, Yang di-Pertuan Agong diberi Hormat Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama dibarisi empat pegawai dan 103 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) diketuai Mejar Muhammad Fikri Senan yang turut membawa Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Panji-Panji Rejimen 1 RAMD.

Serentak itu, lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat RAMD dan Panji-panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dikibarkan.

Sultan Ibrahim yang mengenakan Muskat iaitu persalinan istiadat Yang di-Pertuan Agong kemudiannya berkenan memeriksa Kawalan Kehormat Utama dan memberi hormat sewaktu melintasi panji-panji.

Selesai pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama, Yang di-Pertuan Agong sekali lagi menerima Hormat Diraja dan serentak itu juga lagu Negaraku berkumandang. 

Seri Paduka Baginda berdua kemudian berangkat meninggalkan Peterana Diraja ke Dewan Seri Maharaja bagi meneruskan atur cara istiadat pertabalan diiringi Anwar dan Dr Wan Azizah.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan. – 20 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related