Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi lawat Malaysia

Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata semasa lawatan itu Dr Tawfiq dijadual menghadiri mesyuarat meja bulat dengan ahli sebuah badan pemikir terkemuka Malaysia

11:09 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah akan melawat Malaysia dari 26-27 Ogos, untuk meningkatkan kerjasama dan persahabatan antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Jumaat berkata semasa lawatan itu Dr Tawfiq dijadual menghadiri mesyuarat meja bulat dengan ahli sebuah badan pemikir terkemuka Malaysia.

Mesyuarat itu akan membincangkan usaha dan strategi Arab Saudi untuk memperbaiki perkhidmatan haji dan umrah serta membina hubungan erat dan mampan dengan tokoh-tokoh berpengaruh yang boleh menyampaikan mesej strategik dengan berkesan dalam kalangan tempatan.

Kenyataan itu menyebut mesyuarat berkenaan juga berpotensi membawa kepada penyelidikan baharu dan perkongsian strategik serta meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Lawatan Dr Tawfiq juga akan mengukuhkan hubungan budaya dan agama serta meningkatkan kerjasama dalam inisiatif bersama dan persefahaman bersama mengenai projek pendidikan dan keagamaan.

Kenyataan itu menambah, Dr Tawfiq juga dijadual menghadiri majlis makan tengah hari atau makan malam perniagaan dengan pemimpin media terkemuka di Kuala Lumpur semasa lawatannya untuk meningkatkan hubungan media dan bertukar idea mengenai penambahbaikan liputan media mengenai pengurusan haji dan umrah oleh kerajaan Arab Saudi.

Tahun ini kerajaan Arab Saudi telah meluluskan 31,600 tempat untuk jemaah haji Malaysia menunaikan haji. – 20 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related