Tiada perbincangan formal kerjasama PAS-Umno, hanya ‘borak-borak biasa’: Ahmad Fadhli

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki juga menafikan wujud sebarang perbincangan antara kepimpinan Umno dan PAS

4:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perbincangan mengenai kerjasama PAS dan Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16), hanya sembang santai yang diungkapkan ketika pemimpin kedua-dua parti berkenaan terserempak, kata Ahmad Fadhli Shaari.

Ketua Penerangan PAS itu menjelaskan, ia bukan perbincangan formal mengenai sebarang kerjasama antara kedua-duanya.

Menurutnya, ia memandangkan beliau tidak berada di peringkat pembuat keputusan penting, sama ada dalam PAS atau Perikatan Nasional (PN).

“Saya sambut baik kenyataan daripada Setiausaha Agung Umno. Sememangnya saya juga tidak menyebut adanya perbincangan untuk mewujudkan kerjasama.

“Apa yang saya nyatakan kepada wartawan hanyalah menjawab soalan, ada bertemu ke dengan pemimpin Umno? Saya kata tentulah ada, jumpa di cafe Parlimen, kenduri kahwin, terserempak di airport (lapangan terbang) dan sebagainya. Bila berjumpa, berborak, begitu jelah.

“Saya sebut kepada wartawan, ia bukan perbincangan formal, ia hanya ‘borak-borak biasa’ dan tak manis untuk saya sebutkan nama yang terlibat,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menafikan wujud sebarang perbincangan antara kepimpinan Umno dan PAS, bagi membentuk kerjasama pada PRU-16.

Menurut Asyraf Wajdi, spekulasi mengenai wujudnya perbincangan antara pemimpin kedua parti, mungkin berlaku dalam kalangan ahli atau penyokong parti, bukan kepimpinannya.

Ahmad Fadhli berkata, beliau juga menyatakan keyakinan ketika ditanya sama ada wujud harapan untuk melihat kerjasama antara PAS dan Umno pada masa depan.

“Saya kata tentulah. Saya dan ramai lagi sentiasa mengharapkan agar terjalin semula perpaduan ummah atas kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu sebagai majoriti di negara ini, merangkumi semua parti berteraskan Bumiputera.

“Sama ada ia berlaku atau tidak, masa akan menentukan,” katanya.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata, beliau yakin kerjasama antara parti itu dan Umno boleh dihidupkan kembali melalui Muafakat Nasional (MN)

MN ialah kerjasama antara Umno dan PAS yang dibentuk semasa Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019. – 22 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Mount Ruang eruption: MAS, AirAsia, Batik Air cancel flights between KL and Sabah, S’wak

Multiple flights between KL and both Sabah as well as Sarawak have been cancelled following the eruption of Mount Ruang in Indonesia.

Related