Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1721779213:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:170:"Sumber parti berkata, AMK sudah bersetuju dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi MPT untuk pinda peraturan tetap berkait had usia bertanding jawatan tinggi dalam parti";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 226
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 218720
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Izuan Kasim
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Izuan Kasim sentiasa terbuka untuk bertanding jawatan tertinggi dalam pemuda PKR
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750164125";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750164125
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Desas-desus tanding jawatan tertinggi pemuda PKR, Ketua AMK Selangor terbuka untuk berkhidmat | Scoop

Desas-desus tanding jawatan tertinggi pemuda PKR, Ketua AMK Selangor terbuka untuk berkhidmat

Sumber parti berkata, AMK sudah bersetuju dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi MPT untuk pinda peraturan tetap berkait had usia bertanding jawatan tinggi dalam parti

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Izuan Kasim sentiasa terbuka untuk bertanding jawatan tertinggi dalam pemuda PKR sekiranya mendapat sokongan akar umbi.

Bercakap kepada Scoop, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara itu turut memaklumkan sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada parti dan membawa suara anak muda ke peringkat tertinggi.

“Sebenarnya untuk jawatan peringkat Pusat, ini bukan pertama kali, sebelum ini saya ada bertanding jawatan Naib Ketua AMK pada pemilihan 2022, cuma saya tewas selepas audit dilakukan terhadap keputusan.

“Jadi kita tidaklah menolak (untuk tanding Timbalan AMK), kalau akar umbi kata okey dan ada cukup jumlah sokongan, kita pergilah (tanding).

“Cuma buat masa sekarang kita tak ada cakap atau umum akan bertanding jawatan itu, tidak ada macam itu, tapi saya sentiasa terbuka untuk ‘serve’ (berkhidmat),” katanya hari ini.

Izuan berkata, beliau menyedari wujud desas-desus berkenaan namanya dikaitkan untuk jawatan nombor dua AMK Pusat selepas penyusunan semula ahli jawatankuasa AMK Selangor bagi sesi 2022-2025.

“Penyusunan jawatankuasa itu bertujuan untuk memperhalusi gerak kerja AMK Selangor bagi jangka masa panjang. Barisan yang baharu ini kita lihat masih boleh memegang jawatan mereka untuk sepenggal lagi berdasarkan usia mereka yang masih muda.

“Lagi satu kita mahu mereka lebih bersedia, pemilihan parti dijangka pertengahan tahun depan, bila habis pemilihan mereka boleh ambil alih kepimpinan AMK negeri, jadi kita nak peralihan itu teratur dan tidak ada ‘hiccup’,” katanya.

Menerusi penyusunan semula ahli jawatankuasa bagi sesi 2022-2025, Izuan kekal sebagai Ketua AMK Selangor manakala timbalannya, Muhammad Iman Haziq Mohd Hamizi.

Ia disusuli jawatan tiga Naib Ketua AMK terdiri daripada M Sivabalan, Christopher Ong Kean Li dan Ruben Raj.

Sementara itu sumber parti berkata, AMK sudah bersetuju dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi MPT untuk pinda peraturan tetap berkait had usia bertanding jawatan tinggi dalam parti.

“Kalau ikut dua pemilihan sebelum ini, sesiapa ahli lepas umur 35 tahun masih boleh bertanding. Cuma pada pemilihan lepas umur lepas 35 tahun tak boleh bertanding.

“Jadi tafsiran ini bergantung kepada siapa pengarah Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti, tapi perlembagaan parti kata usia 18 hingga 35 boleh bertanding.

“Maksudnya kita buat macam sekolah lah, walau dia lahir bulan berapa pun, kalau umur tu dah darjah satu dia tetap masuk darjah satu. Berikutan itu sekarang terpulang kepada Pusat untuk meluluskan pindaan dicadang AMK,” katanya.

Tambah sumber itu, Ketua AMK, Adam Adli dijangka tidak layak untuk mempertahan jawatannya berikutan berusia 35 tahun bulan lalu.

“Akar umbi melihat dua calon berpotensi mengisi jawatan Ketua AMK iaitu Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Muhammad Kamil Abdul Munim dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari,” katanya. – 24 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related