Albertine pulang ke pangkuan keluarga

Menerusi hantaran di media sosial, Albertine Leo Jia Hui dalam keletihan disebabkan insiden yang berlaku beberapa hari lalu

12:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, yang hilang selama beberapa hari, telah kembali ke pangkuan keluarganya petang semalam.

Menerusi hantaran di Facebook, Barbie Hui Hui berkongsi gambar Albertine bersama ibunya, Leo Qieo Xin, bapa serta beberapa individu lain, dipercayai anggota keluarganya.

“Terima kasih atas keprihatinan anda.

“Dia (Albertine) selamat tetapi letih dan trauma disebabkan insiden yang berlaku beberapa hari lalu,’’ demikian tulis dalam bahasa Cina.

Barbie memaklumkan telah diberikan kebenaran untuk memuat naik gambar tersebut daripada Qieo Xin serta menghargai mereka yang berkongsi hantaran mengenai kanak-kanak itu sebelum ini.

Albertine yang hilang di Iskandar Puteri pada Sabtu lalu, telah ditemui dalam keadaan selamat di Batang Kali, Selangor awal pagi semalam.

Kanak-kanak itu ditemui di sebuah hotel murah bersama seorang lelaki berumur 31 tahun pada kira-kira jam 4 pagi.

Ketua Polis Johor, M Kumar pada sidang media semalam memberitahu, secara keseluruhan lima individu sudah ditangkap dan kini berada dalam reman. – 24 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related