Zayn Rayyan: Mahmud Jumaat tidak lagi mewakili Ismanira

Sebelum ini, Ismanira diwakili Mahmud manakala Zaim Ikhwan pula diwakili peguam Fahmi Abd Moin

10:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peguam, Mahmud Jumaat mengesahkan tidak lagi mewakili Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, kanak-kanak autisme yang ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai dekat Apartment Idaman, Damansara Damai, Selangor, 6 Disember tahun lalu.

Bercakap kepada Scoop, Mahmud mengakui dia bukanlah peguam yang sesuai untuk kes tersebut.

“Saya doakan keadilan akan bersama kita semua,” katanya ringkas.

Ismanira dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 13 Jun lalu atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kedua-duanya yang berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syahliza Warnoh.

Sebelum ini, Ismanira diwakili Mahmud manakala Zaim Ikhwan pula diwakili peguam Fahmi Abd Moin.

26072024 - Ismanira (kanan) dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari (dua dari kanan) - Mahkamah Kes Zayn Rayyan - ABDUL RAZAK LATIF 017
Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, Zaim Ikhwan Zahari (di hadapan) dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf (kanan) hadir ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini. Mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 13 Jun lalu atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 – Abdul Razak Latif/Scoop, 26 Julai, 2024

Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan dan Ismanira didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini, pada 12 tengah hari, 5 Disember sehingga 9.55 malam, 6 Disember lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 5 Disember tahun lepas, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai, Selangor sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman keesokan hari.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri. – 26 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Wan Ahmad Dahlan dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, menggantikan Zulkapli

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, 58, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa esok.

Related