Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1722059871:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 207
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 219507
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:145:"Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor juga secara sinis turut berterima kasih kepada DAP kerana mengiktiraf PAS apabila bercakap soal halal dan haram";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => arak sekolah
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750038204";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749616441";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:4;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750038204
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
'Benda tak elok buat apa promosi di sekolah' Sanusi tegur DAP isu arak | Scoop

‘Benda tak elok buat apa promosi di sekolah’ Sanusi tegur DAP isu arak

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor juga secara sinis turut berterima kasih kepada DAP kerana mengiktiraf PAS apabila bercakap soal halal dan haram

1:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – DAP tidak perlu menjadi ‘pembela’ syarikat arak kerana jelas minuman beralkohol sememangnya tidak wajar dipromosikan di sekolah, demikian teguran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau juga secara sinis turut berterima kasih kepada DAP kerana mengiktiraf PAS apabila bercakap soal halal dan haram.

“Kalau kita cakap tentang benda-benda halal haram dalam kehidupan, larangan Tuhan bab agama, semua orang nampak pada PAS, terima kasih DAP kerana mengiktiraf PAS.

“Ada presiden parti mana kata, sumbangan untuk konsert, mai mana tak tahu, konsert amal? Tidak kira sumbang untuk apa, promosi benda itu (arak) memang tak boleh.

“Bukan kira siapa, tak kira kaum, bangsa, agama, benda tidak elok, tidak elok untuk semua orang, jadi tak payah masuk sekolah. Kalau kita kata ada pelajar Cina, minum arak, elok ke tak elok? Tak elok kan.

“Jadi perkara ini merentas bangsa, parti dan kaum… jadi jangan la bela (pertahankan), kami boleh (minum) jadi boleh promosi di mana-mana, tak boleh… mana boleh promosi di sekolah,” katanya pada sidang media selepas program Gotong Royong Perdana di Sungai Petani hari ini.

Semalam Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata, kenyataan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkait kutipan dana untuk sekolah vernakular agak keras dan memintanya menjadi Menteri Pendidikan untuk kerajaan perpaduan dan rakyat, bukannya ‘menteri pendidikan PAS’.

Terdahulu Kementerian Pendidikan mengumumkan Jemaah Menteri mengekalkan garis panduan sedia ada berhubung penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah.

Garis panduan itu antara lain menggariskan aktiviti sumbangan kepada sekolah tidak boleh memapar dan mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah, selain penganjuran aktiviti melibatkan jenama minuman keras tidak boleh membabitkan pelajar Islam.

Isu sumbangan itu tercetus susulan tular gambar Ahli Parlimen Sepang Aiman Athirah pada Sabu, menghadiri suatu majlis kutipan dana di sebuah sekolah di Sepang.

Wakil rakyat Amanah itu menjelaskan beliau tidak diberitahu oleh penganjur mengenai senarai penyumbang sehingga tiba di lokasi program, yang turut dihadiri sebuah syarikat pengeluar minuman keras.

Sementara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula pada Jumaat berkata tajaan syarikat minuman keras kepada sebuah sekolah Cina di Sepang, Selangor baru-baru ini adalah untuk penganjuran konsert amal dan bukannya sumbangan kepada sekolah berkenaan.

Zahid berkata konsert amal itu dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan Lembaga Pengelola Sekolah, namun wujud persepsi bahawa sumbangan itu adalah untuk dana sekolah.

Mengulas lanjut, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS berkata, isu terbabit sepatutnya tidak perlu berlarutan jika pihak yang terbabit mengakui kesilapan dan membuat permohonan maaf.

“Jadi dah berlaku kesilapan, minta maaf dan jangan ulang lagi, habis cerita, jangan dok ‘backing’ pula,” katanya. – 27 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related