Tengku Zafrul tegur segelintir pemimpin Umno suka ‘hentam’ sesama sendiri

Tegasnya, parti keramat Melayu itu tidak memerlukan pemimpin yang muflis idea malah rakyat sudah muak melihat pemimpin yang hanya sibuk berpolitik sepanjang masa

5:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegur segelintir pemimpin parti keramat Melayu itu yang suka bercakap perkara remeh serta menghentam sesama sendiri.

Menurutnya, mereka ini yang bercakap mengenai agenda peribadi adalah orang yang tandus idea.

Tegasnya, parti keramat Melayu itu tidak memerlukan pemimpin yang muflis idea malah rakyat sudah muak melihat pemimpin yang hanya sibuk berpolitik sepanjang masa.

“Rakyat mahukan pemimpin yang ambil peduli isu mereka, ada visi untuk anak-anak mereka.

“Tapi masih ada segelintir pemimpin kita yang cakap perkara-perkara remeh. Hentam sesama sendiri, cakap pasal agenda peribadi. Ini cakap-cakap orang tandus idea,’’ katanya menerusi hantaran di media sosialnya hari ini.

Beliau memaklumkan itu mesej utama ucapannya dalam perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tanjong, Pulau Pinang hari ini.

Zafrul berkata, Umno perlu buktikan kepada rakyat bahawa ia ada idea-idea segar untuk menjaga kebajikan rakyat, meningkatkan ekonomi negara dan menjamin masa depan anak-anak mereka.

“Barulah rakyat akan kembali percaya kepada Umno!,” katanya,

Beliau menambah, sekiranya pemimpin enggan berubah, menjadi kewajipan ahli Umno untuk menegur.

“Mampukah kita lakukannya? Saya yakin boleh. Dan kalau pemimpin tak nak berubah, ahli-ahli UMNO wajib tegur demi kebaikan parti keramat kita!,” katanya. – 27 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related