Malaysia hantar surat mohon sertai BRICS: PM

Perkara mengenai penyertaan Malaysia ke dalam BRICS itu menjadi antara intipati utama perbincangan ketika kunjungan hormat dua hari Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov ke negara ini

1:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia sudah menghantar surat permohonan untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) kepada Rusia selaku Pengerusinya, baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, justeru perkara mengenai penyertaan Malaysia ke dalam BRICS itu menjadi antara intipati utama perbincangan ketika kunjungan hormat dua hari Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov ke negara ini.

“Perbincangan kami seputar isu penyertaan Malaysia ke dalam gabungan BRICS yang merupakan antara intipati utama perbincangan.

“Kami menyentuh aspek pengukuhan kerjasama dua hala,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut berkongsikan beberapa foto pertemuannya bersama Lavrov di Seri Perdana, Putrajaya.

Pemimpin kanan Malaysia yang turut hadir pada pertemuan itu adalah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk, Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Anwar berkata, pada pertemuan itu, beliau mewakili Malaysia menegaskan agar hubungan sedia ada dipertingkat dan diperkukuh, terutama dalam sektor pelaburan dan perdagangan, sains dan teknologi, pertanian, pertahanan dan ketenteraan, pendidikan serta pelancongan dan budaya.

“Perbincangan turut memberi penekanan berkaitan isu sejagat melibatkan situasi terkini di Palestin dengan kedua-dua negara menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata secara kekal, bantuan kemanusiaan segera selain Negara Palestin diperaku sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Berkenaan Ukraine, Malaysia menyeru agar dialog dan perbincangan menjadi jalan keluar kepada konflik ini,” katanya.

Terdahulu, pada 18 Jun lalu, Anwar mengesahkan Malaysia berhasrat menyertai BRICS kepada Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi dan sedang pesat membangun.

Afrika Selatan kemudian menyertai blok itu pada 2010.

BRICS kini menyumbang satu perempat daripada ekonomi global, merangkumi satu perlima daripada perdagangan global, dengan populasi sekitar 40 peratus penduduk dunia. – 28 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related