Pemimpin Malaysia, NGO kutuk pembunuhan Ismail Haniyeh, ‘ia tindakan pengecut’

Rata-rata mereka juga percaya dalang utama kejadian itu adalah Israel dan menuntut negara berkenaan dikenakan tindakan, sementara hak Palestin terus diperjuangkan

2:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Insiden pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dalam serangan didakwa dilancarkan Israel di Tehran, Iran bukan sahaja menyaksikan dunia bersedih, malah mengundang kecaman pemimpin dan badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, seluruh dunia perlu mengutuk dalangnya, iaitu Israel yang bertindak seperti pengecut.

Katanya Israel bukan sahaja adalah dalang di sebalik serangan terbabit, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza.

“PAS mengecam serangan Israel di Tehran yang mengorbankan nyawa Ketua Politik Pasukan Pejuang Palestin Hamas, Ismail Haniyeh dan seorang pengawal peribadinya.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, seluruh dunia mengutuk dalang pembunuhan Ismail yang dianggap pengecut, malah yakin Israel adalah dalang kepada insiden itu. – Alif Omar/Scoop, 31 Julai, 2024

“Palestin, perjuangan tidak bernoktah, sokongan tidak bermusim.

“PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Ismail Haniyeh atas tragedi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka dan dikurniakan ganjaran Syahid di sisi Allah,” katanya.

Terdahulu, berita sedih mengenai kematian Ismail Haniyeh itu diumumkan menerusi kenyataan dari Kor Pengawal Revolusi Iran dan akaun rasmi Telegram Hamas hari ini.

Difahamkan, semasa serangan, Ismail sedang menghadiri acara rasmi Presiden baharu Iran dan menurut laporan berita, beliau serta seorang pengawalnya terbunuh selepas bangunan didiami mereka diserang.

Sementara itu, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan, pihaknya menyifatkan serangan dikenakan ke atas Ismail Haniyeh sehingga membunuhnya itu adalah perbuatan terkutuk.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid pula menyifatkan serangan terhadap Ismail Haniyeh hingga adalah perbuatan terkutuk. – Gambar Bernama, 31 Julai, 2024

Justeru, tegasnya, Mapim mendesak penyokong Palestin di seluruh dunia meneruskan solidariti kepada pejuang Hamas, malah pembunuhan ini pastikan akan menerima tindak balas daripada Hamas.

Ujarnya, hampir dapat dirumuskan Zionis Israel adalah pihak bertanggungjawab ke atas operasi pembunuhan ini yang mendapat restu Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, ia adalah asasinasi pengecut zionis Israel, malah jenayah terbabit mesti dibalas dengan tindakan tegas

“Kami berpendirian pembunuhan terketuk ini tidak akan sama sekali mengurangkan semangat pejuang Hamas, malah mereka yang bersolidariti dengan perjuangan pembebasan Palestin di seluruh dunia mesti meneruskan sokongan.

“Kami menuntut pemimpin Islam dunia tidak mendiamkan diri. Sudah sampai masanya Israel dihukum dengan hukuman keras terhadap jenayahnya,” katanya. – 31 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Leaked gas vapours easily ignited, leading to massive explosion in Putra Heights: fire expert

KUALA LUMPUR – The gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, today is believed to have been caused by a “boiling liquid expanding vapour explosion” (BLEVE), according to a retired senior...

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related